Ini 7 kesalahan trafik tak dikompaun ketika Tahun Baru Cina

SEMPENA perayaan Tahun Baru Cina ni, mesti ramai sudah planning berjalan ke pelbagai lokasi kan. Ada yang balik kampung, bercuti dan sebagainya.

Tambah lagi, semalam perdana menteri turut umumkan pengecualian tol untuk semua kenderaan di berikan di seluruh negara pada 20 dan 21 Januari.

Dalam bergembira untuk ke destinasi yang dirancang tu, korang perlu ingat juga untuk mematuhi peraturan jalan raya ya!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyenaraikan tujuh kesalahan utama lalu lintas sempena Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023 yang tidak dibenarkan kompaun.

Baca juga Berita baik! Tol free cuti Tahun Baru Cina, 10 info perlu tahu sebelum balik kampung

Jangan memandu jika rabun malam, anda mungkin hidap 7 penyakit ini
Gambar fail.

Operasi itu akan bermula 18 hingga 28 Januari ini yang akan membabitkan pelbagai pihak penguat kuasa termasuk 2,000 anggota JPJ di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata sepanjang tempoh operasi, beberapa aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan merangkumi kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres dan pemantauan melalui stesen penguatkuasaan (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya.

Justeru, ini tujuh kesalahan berkenaan; 

1. Memotong barisan

2. Memotong di garisan berkembar

3. Tidak mematuhi isyarat lampu merah

4. Memandu melebihi had laju

Baca juga Grab naikkan harga tambang per minit, ini yang perlu pengguna tahu

5. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

6. Tidak memakai tali pinggang atau topi keledar

7. Memandu di lorong kecemasan

Perlu diingat juga, kesalahan tidak dikompaun ini akan menyebabkan pesalah perlu terus ‘menjawab’ di mahkamah jika dikenakan tindakan.

Selamat memandu!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.