KES budak hilang memang memberi kesan kepada semua orang.

Apatah lagi, bila pengakhiran mereka sangat sadis dan ditemui sudah tidak bernyawa.

Seperti ramai yang tahu, negara pernah digemparkan dengan beberapa kes yang sehingga kini masih menghantui ramai, khususnya ibu bapa.

Masih ingatkah kes pembunuhan kejam seorang kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin, 8, pada 20 Ogos 2007?

Nurin tidak dapat dikesan selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

kes hilang
Kredit foto: Sinar Harian

Arwah kemudian ditemui di dalam sebuah beg sukan pada 17 September 2007.

Satu lagi insiden yang mungkin tak akan dilupakan sampai bila-bila oleh rakyat Malaysia adalah kes Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang dilaporkan hilang pada 1 Mac 2012.

Lebih malang, mayatnya ditemui rentung di dalam sebuah lubang di sebuah tapak perumahan terbengkalai di Masai, Johor.

kes hilang

Terdapat juga kes yang sehingga kini masih gagal ditemui dan tidak dapat dipastikan sama ada mereka masih hidup atau sebaliknya.

Merujuk Portal Rasmi Kanak-Kanak Hilang di bawah kendalian Polis Diraja Malaysia, seramai 238 individu direkodkan masih gagal dikesan.

 

Keberadaan mereka yang terdiri daripada kanak-kanak seawal usia setahun hingga 17 tahun ketika laporan dibuat masih misteri.

Berikut SinarPlus senarai kes kanak-kanak hilang yang menggemparkan negara satu ketika dahulu:

kes hilang

1. Si kecil ‘ghaib’ sekelip mata
* Kehilangan anak kecil, Jude Angel Jurimi yang berusia 18 bulan di Beaufort, Sabah pada 9 Julai lalu menarik perhatian ramai.
* Kanak-kanak perempuan comel itu dilaporkan kali terakhir dilihat di rumahnya di Kampung Batu 66.
* Misi mencari dan menyelamat dihentikan selepas tujuh hari operasi dijalankan di kawasan seluas 2 kilometer.

kes hilang

2. Hilang ketika keluar bersiar-siar
* C Nisha berusia dua tahun didakwa hilang selepas keluar bersiar-siar bersama nenek saudara yang mempunyai masalah mental.
* Si kecil itu sehingga kini masih gagal ditemui dan kali terakhir dilihat di Taman Bukit Bendera, Temerloh, Pahang.

Baca juga 5 kes tragis culik, bunuh kanak-kanak menyayat hati pernah berlaku di Malaysia

kes hilang

Iklan

3. ‘Lesap’ di pintu pagar sekolah
* Kali terakhir A Jenifer dilihat di sebuah pintu pagar sekolah kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 19 Jun 2015 lalu.
* Remaja berusia 11 tahun sembilan bulan itu lengkap dengan pakaian sekolah dan sehingga kini kehilangannya masih menemui jalan buntu.

Baca juga Umpan gula-gula, jajan sebelum menculik. Namun, tindakan berani kanak-kanak ini dikagumi ramai

kes hilang

4. Budak lelaki hilang dalam kereta
* Kehilangan Low Min You, 3, yang sedang tidur ketika kenderaan dilarikan di Kampung Air, Sabah dikatakan masih misteri sehingga kini.
* Banyak percanggahan fakta berkaitan kes tersebut sehingga kedua-dua ibu bapa mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.

kes hilang
KREDIT foto Sinar Harian.

5. ‘Lenyap’ ketika bermain di bawah pokok
* Nurain Randi yang masih berusia setahun sembilan bulan dilaporkan hilang pada 1 Jun lalu di kawasan kuarters pekerja ladang di Kinabatangan, Sandakan, Sabah.
* Operasi mencari dijalankan sekitar 1 kilometer di kawasan ladang tersebut, namun kelibat mangsa masih gagal ditemui.

Baca juga Kanak-kanak diculik keluarga sendiri selepas hilang hak penjagaan, disorok di ruang sempit bawah tangga

Kalau disemak satu persatu, senarai nama mangsa yang hilang terlalu panjang.
Itu belum termasuk kes-kes lain yang belum dilaporkan terus kepada pihak polis.

Iklan

kes hilang

Jika kalian mempunyai sebarang info berkaitan kanak-kanak hilang tersebut, boleh hubungi talian 03 2266 6313 atau e-mel terus ke orghilang@rmp.gov.my.

Cara lain adalah melalui Portal Rasmi Kanak-Kanak Hilang untuk perkongsian maklumat secara terus.

Moga inisiatif sedemikian dapat membantu memberi khabar gembira buat keluarga mangsa yang masih menunggu kepulangan anak mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan