Ini rupanya yang terjadi apabila telur sudah lama

No Image Caption
A
A
A

PASTINYA, ramai yang sudah tahu, telur yang terapung menandakan ia adalah telur yang sudah lama.

Namun demikian, tahukah anda kenapa telur yang sudah lama boleh terapung?

Oleh itu, berikut perkongsian daripada Pensyarah Kanan Kimia dan Penyelidik UiTM, ChM Dr Fatimah Salim ini.

Sebenarnya telur yang sudah lama akan mengalami perubahan komposisi disebabkan kehadiran pelbagai komponen kimia dalam telur seperti dihidrogen monoksida (air), lemak, protein, karbohidrat, mineral, enzim, vitamin dan pigmen.

Artikel berkiatan: Bahayanya guna telur tamat tempoh… hati-hatilah kalau jumpa 4 tanda ini

“Dalam keadaan baru, telur bersifat alkali.

“Namun semakin lama tersimpan, tindak balas kimia akan berlaku dan menyebabkan telur bersifat semakin alkali.

Proses itu akan membebaskan pelbagai jenis gas termasuk gas hidrogen, oksigen, nitrogen, karbon dioksida dan gas hidrogen sulfida,” terangnya.

Mengulas lanjut, gas-gas yang terhasil berkenaan akan meningkatkan tekanan dalam telur maka gas yang bersaiz kecil akan membebaskan diri keluar daripada telur melalui liang pori pada kulit telur.

Proses tersebut dipanggil efusi (effusion) iaitu pergerakkan molekul-molekul gas dari kawasan bertekanan tinggi (dalam telur) ke kawasan bertekanan rendah (luar telur aka udara) melalui lubang (pori kulit telur).

“Molekul-molekul gas yang bersaiz besar seperti hidrogen sulfida pula akan terperangkap di dalam.

“Telur yang terlalu lama akan berbau buruk (tembelang) disebabkan gas hidrogen sulfida yang terkumpul itulah,” katanya.

Sebenarnya, telur terapung kerana ketumpatannya telah berkurangan disebabkan tindak balas kimia tadi.

Sebahagian daripada komponen kimianya yang sepatutnya memberikan berat kepada telur telah terbebas keluar daripada telur menjadi gas.

“Kesegaran telur dikira 45 hari daripada tarikh pembungkusan.

“Sebab itu telur ada tarikh luput namun sesetengah telur boleh jadi lebih cepat luputnya kerana dicemari oleh bakteria,” ujar Dr Fatimah.

Oleh itu, anda sudah tahu bahawa telur yang sudah lama terapung adalah disebabkan oleh ketumpatannya sudah berkurang hasil tindak balas kimia yang lebih bersifat alkali.

Foto: PIXABAY

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca