Ini senarai rakyat negara yang tidak dibenarkan masuk ke Malaysia

A
A
A

MULAI hari ini, rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif Covid-19 melebihi 150,000, TIDAK DIBENARKAN untuk masuk ke Malaysia.

Menerusi laman Facebook Public Health Malaysia, keputusan tersebut berikutan kenaikan kes COVID-19 secara mendadak di negara terbabit dan lebih membimbangkan musim sejuk yang bakal tiba.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sekatan kemasukan pemegang pas jangka panjang dari India, Indonesia dan Filipina ke Malaysia bermula 7 September (hari ini) berikutan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di negara berkenaan.

Artikel berkaitan: 3 bintang bola sepak positif Covid-19 selepas cuti di pulau bersama, Neymar dipercayai salah seorang daripada mereka 

Sekatan itu merangkumi enam kategori iaitu mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen.

Turut disekat ialah pasangan kepada warganegara Malaysia dan anak-anak mereka serta pelajar dari ketiga-ketiga negara berkenaan yang ingin kembali ke Malaysia.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan tiada halangan untuk membenarkan rakyat Malaysia dari negara berisiko tinggi untuk pulang namun mereka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu kuarantin wajib 14 hari.

Ini senarai rakyat negara yang tidak dibenarkan masuk ke Malaysia Senarai penuh bilangan kes setiap negara. Foto FB Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca