SELEPAS setahun Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet baharu pada hari ini.

Jumlah ahli jemaah menteri meningkat daripada 28 ke 31 orang manakala timbalan menteri daripada 27 ke 29 orang menjadikan keseluruhan Kabinet seramai 60 berbanding 55 orang sebelum ini.

Berikut senarai rombakan yang diumumkan:

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (baharu)
Timbalan Menteri: Lim Hui Ying (sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan)

Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guba Awam; Datuk Seri Fadillah Yusof juga bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Sabah Sarawak (baharu)
Timbalan Menteri: Akmal Nasrullah Mohd Nasir (sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan)

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Datuk Seri Mohamad Sabu
Timbalan Menteri: Datuk Arthur Joseph Kurup (sebelum ini Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Timbalan Menteri: Datuk Aiman Athirah Sabu (Sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Mohamad Hasan (sebelum ini Menteri Pertahanan)
Timbalan Menteri: Datuk Mohamad Alamin

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ahmad Maslan (sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)

Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
Timbalan Menteri: Hasni Habibollah

Baca juga:Senarai penuh 27 timbalan menteri kabinet perpaduan, 8 adalah wanita

Baca juga:Bekas jaguh taekwondo, Azalina kembali sertai kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Baca juga:Senarai penuh 28 menteri kabinet kerajaan perpaduan termasuk 2 Timbalan Perdana Menteri, 5 adalah wanita

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (sebelum ini Menteri Pendidikan Tinggi)
Timbalan Menteri: Adly Zahari

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang
Timbalan Menteri: Datuk Mohammad Yusof Apdal (sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Datuk Seri Noraini Ahmad (baharu)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi: Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri: M Kulasegaran (baharu)

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Nik Nazmi Nik Ahmad (Kementerian baharu)
Timbalan Menteri: Datuk Seri Huang Tiong Sii

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
Timbalan Menteri: Datuk Ramanan Ramakrishnan (baharu)

Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Zambry Abd Kadir (sebelum ini Menteri Luar Negeri)
Timbalan Menteri: Datuk Mustapha@Mohd Yunus Sakmud (sebelum ini Timbalan Menteri Sumber Manusia)

Menteri Komunikasi: Ahmad Fahmi Fadzil (Kementerian baharu pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital)
Timbalan Menteri: Teo Nie Ching

Iklan

Menteri Pendidikan : Fadhlina Sidek
Timbalan Menteri: Wong Kah Woh (baharu)

Menteri Perpaduan: Datuk Aaron Dagang
Timbalan Menteri: K Saraswathy (sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

Menteri di Jabatan Agama (Hal Ehwal Agama) : Datuk Seri Mohd Naím Mokhtar
Timbalan Menteri: Dr Zulkifli Hasan (baharu)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) : Dr Zaliha Mustafa (sebelum ini Menteri Kesihatan)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Armizan Mohd Ali (sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-tugas Khas)
Timbalan Menteri: Fuziah Salleh

Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Johari Abdul Ghani (baharu)
Timbalan Menteri: Datuk Chan Foong Hin (sebelum ini Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan)

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (baharu)
Timbalan Menteri: Datuk Lukannisman Awang Sauni

Iklan

Menteri Digital: Gobind Singh Deo (Kementerian baharu pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital)
Timbalan Menteri: Datuk Ugak Anak Kumbong (sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-tugas Khas

Menteri Sumber Manusia: Steven Sim Chee Keong (baharu)
Timbalan Menteri: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (sebelum ini Timbalan Menteri Kerja Raya)

Kabinet baharu Kerajaan Madani ini juga menyaksikan seorang menteri dan dua timbalan menteri digugurkan daripada senarai.

Ia membabitkan V Sivakumar yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh termasuk Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi