SIAPA sangka Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga adalah bekas jaguh taekwondo negara.

Terdahulu mengukir sejarah sebagai Timbalan Dewan Rakyat wanita pertama, Dr Azalina adalah sememangnya iron lady yang menjadi inspirasi kaum Hawa.

Baca juga: 5 info menarik Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan wanita pertama

Baca juga: Kenali Dr Zaliha Mustafa terajui KKM, 7 fakta Menteri Kesihatan Malaysia

SinarPlus kongsikan lapan fakta ringkas mengenai wanita hebat ini:

1-Dilahirkan di Johor Bahru pada 31 Disember 1963.

2-Mendapat pendidikan tinggi dalam jurusan undang-undang di UiTM Shah Alam, beliau kemudian menyambung pelajaran di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1988.

3-Azalina kemudian melanjutkan pengajian ke London School of Economics and Political Science, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 1990.

4- Memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994), eliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002). Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di Messrs Zaid Ibrahim & Co. dan kemudiannya Zaid Ibrahim & Co. LLP, Singapore mulai tahun 2003.

Baca juga: Senarai penuh 28 menteri kabinet kerajaan perpaduan termasuk 2 Timbalan Perdana Menteri, 5 adalah wanita

Baca juga: Nancy Shukri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kelapan, 8 info menarik mengenainya

5-Selain memiliki rekod akademik dan kerjaya yang cemerlang, Azalina juga bergiat aktif dalam bidang sukan. Sebelum menjadi peguam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beliau ialah pemegang tali pinggang hitam kelas kedua seni mempertahankan diri, taekwondo dan pernah mewakili negara ke kejohanan dunia.

Iklan

6- Siapa sangka, beliau juga pernah menjadi pengacara dalam rancangan Dateline Malaysia di saluran NTV7.

7- Berikut adalah jawatan yang pernah disandang Azalina:
-Timbalan Speaker Dewan Rakyat (2020 hingga 2021)
-Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2013 hingga 2018)
-Menteri Pelancongan (2008 hingga 2009)
-Menteri Belia dan Sukan (2004 hingga 2008)
-Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) (2011 hingga 2015)

8- Ahli Parlimen Pengerang itu juga pernah )dianugerahkan Global Leader for Tommorow (GLT) pada tahun 2003 oleh Forum Ekonomi Dunia, Davos, Switzerland.

Baca juga: Wanita kembali memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan, 5 info mengenai Hannah Yeoh 

Iklan

Baca juga: ‘Alhamdulillah.’ Lambang kesetiaan seorang isteri, hantaran Instagram Dr Wan Azizah undang sebak warga maya

Kredit foto: Facebook Azalina Othman Said

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi