Isteri leka berTikTok diugut cerai, suami cemburu

Talak tiga cerai
Talak tiga cerai
A
A
A

TIDAK dinafikan aplikasi TikTok kini dilihat kian popular dalam kalangan masyarakat sekarang.

TikTok menjadi antara pilihan ramai kerana pengguna mudah untuk menghasilkan video kreatif yang menarik untuk dikongsikan kepada umum.

Malah ada juga yang menggunakan aplikasi tersebut untuk hiburan dan mendapatkan tip terkini.

Namun jika keterlaluan 'melayani', ia juga memberi kesan yang buruk kepada diri sendiri mahupun pasangan.

Seperti yang banyak berlaku kepada pasangan suami isteri, dek kerana leka bermain aplikasi itu akhirnya cetuskan penceraian.

Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Terengganu, Moktar Salleh berkata, perceraian membabitkan pasangan berusia 30-an angkara tidak suka melihat isteri bermain TikTok itu bagaimanapun berjaya dielakkan menerusi syarat yang dikemukakan suami.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

TikTok paling popular

Katanya, lelaki berkenaan bersetuju memberi masa kepada isterinya untuk berubah sebelum kes itu dirujuk ke mahkamah syariah.

Ujarnya, lelaki itu cemburu apabila ramai yang memberikan tanda suka kepada hantaran isterinya yang viral. Walaupun disuruh berhenti TikTok namun isterinya enggan, jadi, lelaki tersebut mengugut mahu menjatuhkan talak jika pasangannya masih berterusan bermain aplikasi itu.

Menurut Moktar lagi, kes perceraian dengan alasan remeh-temeh dan tidak munasabah lazim berlaku dalam masyarakat hingga kini.

Baca juga [VIDEO] Luahan wanita OKU raih perhatian warganet, tak dapat layanan drive-thru restoran makanan segera

Pesan Moktar, mana-mana pasangan seharusnya bertolak-ansur dan memperbanyakkan bersabar, di samping tidak menggunakan lafaz talak sesuka hati jika menghadapi masalah dengan pasangan masing-masing.

Sebanyak 1,617 kes perceraian direkodkan di Terengganu sepanjang tahun lalu manakala tahun sebelumnya pula adalah 2,691 kes.

Justeru, buat korang jika nak berTikTok pun biarlah berpada-pada, jangan melampau.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca