KAUNTER pandu lalu atau drive-thru di restoran makanan segera memudahkan pelanggan membuat pesanan dan menjimatkan masa proses pembelian tanpa perlu keluar daripada kenderaan.

Namun perkongsian wanita yang merupakan orrang kelainan upaya (OKU) dan pengguna TikTok @aira_meor menyentuh hari warga maya.

Aira yang mengalami kelainan upaya pekak dan bisu meluahkan kekecewaan menerusi video berkenaan. Dia terkilan kerana haknya seolah-olah dinafikan oleh restoran makanan segera.

Awalnya, difahamkan Aira yang telah menunggu lama semasa beratur di kaunter pandu lalu diminta membuat pesanan di kaunter di dalam restoran pula.

Kejadian itu secara tak langsung membuat selera makannya hilang.

Video yang dikongsikan Aira kemudiannya menjadi tular di laman sosial Twitter dan Instagram.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkilan dengan apa yang menimpa wanita itu dan memberikan cadangan berhubung kemudahan untuk OKU.

“Contoh yang jelas mengapa bahasa isyarat perlu diajar di sekolah, bukan sebagai kemahiran tambahan tetapi pengetahuan bersama.”

“Fasiliti kemudahan OKU yang perlu diambil perhatian.”

“Mungkin boleh mula guna skrin sesentuh bila staf tidak dapat respon dengan suara pelanggan. Mereka yang OKU pendengaran bolehlah guna skrin itu.”

“Malaysia memang terkebelakang dalam melindungi hak kebajikan OKU. Asyik benda straight forward sahaja seperti rumah tingkat bawah, parkir depan OKU. Walhal banyak lagi perlu difikirkan seperti braille menu, kemahiran bahasa isyarat dan lain-lain. Saya harap persatuan OKU suarakan perkara ini.”

Dalam perkembangan berkaitan, restoran makanan segera berkenaan telah memohon maaf berhubung kejadian berkenaan dan akan mengambil tindakan susulan.

Iklan

“Terima kasih kerana berkongsi isu ini kepada kami. Kami sedang menghubungi Cik Aira untuk memohon maaf.

“Kami amat mengambil berat terhadap isu ini dan telah segera mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

“Kami akan terus lebih peka dan memperbaiki servis kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik di masa akan datang. Sekali lagi kami ingin memohon maaf bagi pihak kru restoran kami,” ciapnya di Twitter.

Diharapkan dengan perkongsian ini kita semua mengambil iktibar daripada kejadian ini dan kesedaran terhadap keperluan OKU dapat dipertingkatkan.

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Tular Video Kenderaan Tekan Minyak Rempuh Gerai, Rupanya Pemandu Panik, Pitam Kerana Tak Makan

Baca juga: Meriahnya, ramai ingatkan majlis kenduri kahwin tepi jalan, rupa-rupanya…

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Twitter @dania_elanor, TikTok @aira_meor