Isu report Zaquan Adha terhadap Rita Rudaini, peguam ini beri penjelasan kenapa bukan bidang kuasa polis yang ramai tak tahu
TULAR isu Zaquan Adha membuat laporan polis berkenaan kenyataan dikeluarkan Rita Rudaini kononnya memfitnah dirinya dan keluarga.
Hantaran video beliau meraih perhatian ramai. Salah seorang wanita menerusi laman TikToknya Rinzaky memberi penjelasan berkenaan isu berkenaan.
Menurut beliau, kes yang melibatkan isu fitnah kekeluargaan adalah di bawah sivil dan bukan di bawah bidang kuasa pihak polis.
Baca ni Zaquan Adha buat laporan polis, dakwa Rita Rudaini keluar kenyataan berunsur fitnah
"Untuk pengetahuan semua yang tak tahu termasuk Zaquan Adha. Pihak polis sama sekali tidak akan ambil kes yang tiada unsur jenayah seperti ugutan, curi rompak, rogol dan sebagainya. Kalau ia melibatkan fitnah kekeluargaan, syariah. Itu bukan kerja polis.
"Polis akan siasat setakat baca report dan apabila melibatkan sivil, kita akan NFA atau no further action ataupun RTM ( return to majistreet). Polis takkan pergi lebih daripada itu.
"Kena tahu peranan polis adalah menjaga keamanan negara. Kalau kena rompak atau rogol, barulah report polis.
"Kalau famili kena fitnah tak perlu report polis. Kesian polis nak raya, jangan bagi kerja lebih," ungkap beliau penuh makna.
SinarPlus turut berkesempatan menemu bual peguam, Nur Shuhadah Mahzan dari Tetuan Nur Shuhadah & Associates bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu tersebut.
"Pada hemat saya, sekiranya laporan polis dibuat berkaitan dengan kenyataan fitnah yang dilemparkan Rita Rudaini, tiada elemen jenayah seperti ugutan, ia lebih sesuai di failkan di Mahkamah sivil. Jika Zaquan ingin membuat laporan polis, ia lebih kepada cover report sahaja.
"Kemudian proceed dengan lantikan peguam, failkan Notis Tuntutan bagi menuntut Rita buat permohonan maaf secara terbuka, tuntutan dia hentikan sebarkan apa apa kenyataan fitnah lagi dan tuntut wang sebagai pampasan.
"Jika gagal, boleh proceed saman sivil.Tetapi jika ingin tindakan polis, jika ia tiada elemen jenayah ia bukan bidang tugas polis.
Sambung beliau lagi, sekiranya kenyataan Rita itu disusuli dengan elemen jenayah, barulah pihak polis akan proceed dan hanya akan ambil berkaitan isu jenayah sahaja contohnya ugutan sahaja. Sebaliknya, kenyataan fitnah itu tidak.
"Justeru, beban pembuktikan di bahu Zaquan untuk membuktikan kenyataan Rita adalah suatu fitnah," ungkap Nur Shuhadah lagi.
Baru-baru ini, bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan itu memuat naik hantaran video yang menunjukkan satu salinan laporan polis yang dibuat olehnya ke atas pelakon Rita Rudaini.
Dalam laporan tersebut, beliau menyatakan ibu kepada dua orang anak itu memfitnah dirinya dan keluarga menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di Instagram story.
Rita merupakan bekas isteri kepada Aidil Zafuan yang juga kembar kepada Zaquan.
Pasangan tersebut berkahwin pada 2008, Namun, bercerai talak satu pada September 2013.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang