Syoknya dapat belajar banyak ilmu di Pasar Seni Kuala Lumpur, ini 4 aktiviti menarik beli jiwa tersayang

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR antara bandaraya tumpuan semua orang, tak kiralah lokal ataupun pelancong asing kerana mempunyai banyak port menarik untuk jalan-jalan cari makan.

Mudah kata, bukan saja banyak pilihan staycation hotel ikut bajet kita dekat area KLCC, tapi dalam sehari boleh usha semua tempat sampai puas.

Kalau bawa anak-anak, mesti mereka nak sesuatu untuk beli jiwa supaya tak bosan, kan?

No Image Caption

Nah, Pasar Seni Kuala Lumpur atau Central Market Kuala Lumpur antara destinasi jalan-jalan yang boleh dipertimbangkan.

Tidak hanya banyak aktiviti seni yang unik, si kecil boleh eksplorasi bakat dalam mencanting batik atau menghabiskan masa di Muzium Ilusi Seni 3D dan banyak lagi.

No Image Caption

Perkongsian seorang pengguna TikTok, @mayaleesa agak menarik kerana berjaya membuatkan anak-anaknya fokus untuk mencanting batik di Pasar Seni Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Muzik: Special Day oleh Material Gurl (Soundstripe)

Kongsi beliau, biasanya bila berjalan anak-anak pasti mengamuk dan meminta macam-macam.

No Image Caption

“Terus mood parent jadi spoil dan malas nak bercuti, tapi tempat ni best korang! Banyak kali pergi dan tak pernah boring.

“Rugi parent tak bawa anak-anak ke sini sebab kos murah bawah RM10 jer, siap boleh pilih nak corak apa. Tempat cantik dan banyak aktiviti boleh buat dengan anak-anak,” katanya.

No Image Caption

Seorang lagi pengguna TikTok, @zamadhani juga rekomen tempat yang sama iaitu Batik Painting Workshop di Ainaa at Artwork.

Sesuai untuk Batik Date With Love, pelbagai kanvas kosong dengan corak boleh dipilih mengikut kesukaan bermula jam 10.30 pagi hingga 7 malam.

No Image Caption

Menariknya, harga bermula RM10 jer termasuk berus, apron dan warna.

Untuk bulan ini, pelbagai acara dianjurkan untuk kalian yang mahu memanfaafkan masa hujung minggu bersama tersayang di Central Market Kuala Lumpur. Berikut perincian:

No Image Caption

BELI JIWA

  • Jualan kreatif produk brokat yang unik dan pelbagai warna untuk aksesori gelang, beg bersulam, pakaian atau lain-lain.
  • Acara anjuran Jiwa Ventures itu bermula 15 hingga 17 November ini pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

No Image Caption

POP WARNA!

  • Buat kalian yang sukakan sesuatu yang lain daripada lain, boleh enjoy dengan pelbagai seni pop warna yang diadakan pada 22 hingga 24 November nanti.
  • Bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, banyak pilihan pastri warna-warni, makanan, kopi dan tawaran shopping yang boleh kalian usha pada harga yang berbaloi.

No Image Caption

VIVA BATIK MALAYSIA 2024

  • Antara acara yang paling ditunggu-tunggu buat peminat batik kerana menawarkan produk tulen, sedia dipakai, aksesori, kraftangan dan soft toy.
  • Program anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) itu bakal berlangsung pada 29 November hingga 8 Disember nanti bermula jam 10 pagi.
  • Penganjuran buat kali ketiga itu sempena sambutan Hari Batik Kebangsaan.

No Image Caption

PESTA SAMBAL DAN BUAH

  • Sesuai buat anda yang suka makan! Jangan lepaskan peluang untuk merasai pelbagai jenis sambal popular.
  • Program dua hari bermula 29 November hingga 1 Disember itu dianjurkan Persatuan Suka Seni.

Jadi onz tak onz? Kalau malas nak drive, banyak pilihan kenderaan awam yang boleh kalian pilih untuk ke sana. Okey, selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang