Rupanya Ina Naim tiap hari dapat bunga daripada Khairul, sehari sebelum nikah letak di kubur arwah Suhaimi Saad. 'Mereka berdua banyak persamaan...'

No Image Caption
A
A
A

PENGANTIN baharu, penyanyi Ina Naim tidak dapat menyangkal lagi suaminya, Mohd Khairul Rizal mempunyai persamaan dengan Allahyarham Suhaimi Saad.

Berbunga hati melihat pemilik nama Nordiana Mohd Naim ini terus bahagia.

Muncul dalam sesi live di TikTok, Ina 40, mendedahkan beliau sebenarnya wanita yang pencinta bunga.

Malah Ina juga mendedahkan kedua-dua lelaki yang disayanginya kerap memberikannya bunga sebagai kejutan.

Walaupun hanya sekuntum bunga, Ina mengakui tersentuh hati dan bersyukur sebagai tanda ingatan.

"Saya bukan nak mengimbau kenangan tapi maklum bahawa mereka berdua banyak persamaan.

No Image Caption

"Masa mula-mula kenal, Khairul memang suka bagi saya bunga. Saya memang suka bunga. Sebelum ini, masa dengan arwah suami, dia pun selalu surprise saya dengan bunga walaupun sekuntum.

Artikel Berkaitan:

"Dia tak pernah beri saya kereta Ferrari ke, rumah besar ke apa tak ada," kata Ina.

Malah pelantun lagu Duhai Hati itu sempat mengimbau detik awal perkenalan dengan Khairul dan menerima jambangan bunga setiap hari daripada duda anak dua itu.

Sehinggalah sehari sebelum majlis pernikahan pada 7 November lalu, lelaki itu telah memberi bunga untuk diletakkan di kubur Suhaimi.

"Khairul pun selalu bagi saya bunga, setiap hari. Sampai hari Khamis sebelum nikah Khairul ada beli bunga untuk letak dekat kubur arwah.

No Image Caption

"Dia juga berikan saya bunga," katanya.

Dalam sesi live yang sama, Ina juga memaklumkan bakal menunaikan umrah bersama anak sulungnya tidak lama lagi.

Ina dan Khairul berkahwin pada 8 November lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor.

Sekadar info, Ina terdahulu mendirikan rumah tangga dengan Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Inteam pada 12 Ogos 2007.

Jodoh tidak panjang, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang