Isu suami dayus biarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki, cara Ustaz Azhar Idrus dipuji

A
A
A

ISU berkaitan dakwaan suami dikatakan dayus membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki hangat diperkatakan akhir-akhir ini.

Ia susulan tular sebuah video seorang penceramah yang meluahkan rasa kurang senang terhadap golongan suami yang sanggup membiarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak sekali gus membiarkan aurat isteri terdedah.

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjawab persoalan yang diajukan berkaitan isu terbabit.

Baca juga: ‘Lelaki boleh rawat wanita tetapi bersyarat.’ – Doktor lelaki sambut kelahiran dibolehkan jika terdapat keperluan dan mendesak

Soalan: Suami dayus benarkan isteri beranak dengan doktor lelaki.

Ustaz Azhar menjelaskan hukum yang asal perempuan perlu mendapatkan rawatan (berubat) daripada doktor perempuan manakala lelaki berubat dengan doktor lelaki kerana masalah aurat.

“Sesama wanita pun ada aurat tetapi lebih berat jika berlainan jantina. Jadi dalam bab berubat ada kadar-kadarnya.

“Apabila memasuki sempadan darurah (darurat), apa yang haram diangkat hukumnya sekejap,” jelas beliau.

Menurutnya dalam keadaan darurat, sesiapa pun tidak lagi dapat membuat pilihan.

“Keadaan darurat itu membolehkan apa yang tidak boleh. Jadi, jika isteri hendak bersalin, mesti bersalin dengan doktor perempuan.

“Tetapi jika tiada doktor perempuan dan yang ada doktor lelaki sedangkan bersalin itu kritikal kerana berkaitan dengan dua nyawa iaitu nyawa ibu dan anak dalam kandungan. Oleh kerana tiada doktor perempuan, (bersalin dengan) doktor lelaki pun tidak berdosa,” katanya.

Selain itu, Ustaz Azhar juga turut menjelaskan situasi berkenaan tidak meletakkan si suami dayus.

“Kenapa suami dikatakan dayus pula? Tidak haram. Haram itu begini. Ada doktor perempuan tetapi memilih untuk mendapatkan khidmat doktor lelaki. Itu baru haram,” tuturnya.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar turut menjelaskan jika seorang suami tidak mampu dari segi ekonomi untuk menghantar isteri bersalin dengan doktor perempuan di hospital swasta, suami berkenaan tidak dikategorikan dayus.

Baca juga: Suami tampal nota maaf memandu perlahan bawa isteri baru bersalin 'czer' buat ramai terharu

Baca juga: Dr Amalina nasihat ibu lepas bersalin berjalan perlahan, elak penyakit deep venous thrombosis, pulmonary embolism

Kredit foto: Pexels

“Jika orang ada duit, bolehlah dapatkan doktor perempuan di hospital swasta. Sekali bersalin kosnya mencecah RM7,000 hingga RM8,000.

“Namun jika tidak berkemampuan dan bersalin di hospital kerajaan yang tidak boleh tentukan jantina doktor, bersalin dibantu doktor lelaki, hukumnya harus kerana tidak mempunyai pilihan,” katanya.

Warga maya menyambut baik jawapan yang diberikan Ustaz Azhar dan memuji ia padat dan mudah difahami.

- “Mudah dan lengkap set jawapan, terbaik UAI.”

- “Cantiknya syariat Islam, lengkap. Kena faham tafsir dan hukum. Bertuah kita ada UAI Masya-ALLAH Alhamdulillah.”

- “Alhamdulillah ustaz di atas penjelasan. Penerangan yang jelas dan jitu.”

- “Maknanya perlulah ada usaha minta doktor peremuan dahulu. Jika tiada terpaksa terima doktor lelaki.”

Sumber: TikTok  @Ustaz Azhar Idrus

Baca juga: Bukan 44 hari, gaya hidup sihat seumur hidup, Dr Amalina kongsi 8 amalan selepas bersalin

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca