SEPERTI ramai sedia maklum, akibat penularan dan peningkatan kes Covid-19 yang melanda negara, majlis akad nikah terpaksa ditangguhkan atau dilaksanakan secara sidang video.

Terbaharu berita baik buat pasangan bakal pengantin di Selangor, kini korang boleh merealisasikan majlis akad nikah di masjid atau surau di negeri ini mulai hari ini.

Kebenaran itu diberikan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), namun dengan kehadiran tetamu terhad dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Jais dalam satu kenyataan berkata, jumlah kehadiran adalah mengikut lokasi dan majlis pernikahan di masjid dan surau boleh dijalankan bermula Isnin hingga Ahad.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bakal raja sehari di Selangor dibenarkan majlis akad secara bersemuka mulai 8 Mac

Katanya, sekiranya diadakan di Jais ataupun Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), bilangan kehadiran adalah seramai tiga orang iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali sahaja.

Iklan

Ujarnya, bagi upacara akad nikah di masjid dan surau yang dibenarkan untuk solat Jumaat pula, pihak-pihak yang dibenarkan ialah pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali dan tiga orang lain yang ditentukan pihak berkenaan.

Menurutnya, individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.

Tambahnya, kebenaran hadir ke majlis di surau dan masjid juga tertakluk kepada mereka yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin dan melepasi hari ke-14 tarikh suntikan dos kedua bagi Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac manakala melepasi hari ke-28 bagi Johnson & Johnson dan CanSino.

Iklan

Selain itu, ujian saringan Covid-19 jenis RT-PCR diwajibkan kepada pengantin lelaki dan pengantin perempuan, wali dan tiga lagi individu yang hadir yang belum melengkapkan vaksinasi mereka.

Baca juga  Beri notis gangguan air 13 hari lebih awal, Air Selangor raih perhatian warga maya

Dalam pada itu, ujian itu perlu dijalani dalam tempoh 72 jam (tiga hari) daripada waktu pelaksanaan majlis dan mengemukakan keputusan ujian kepada Pendaftar sebelum majlis dilaksanakan.

Katanya, sekiranya terdapat mana-mana pelanggaran kepada ketetapan semasa, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk atau Pegawai Tadbir Agama boleh menangguhkan atau membatalkan upacara akad nikah.

Ujarnya lanjut, tindakan tegas sewajarnya akan diambil jika terdapat mana-mana individu atau pihak yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan semasa yang ditetapkan.