KEJADIAN serangga masuk dalam telinga ini kes yang lazim berlaku.

Tidak kisahlah serangga apa pun, jika tiba-tiba terasa ada sesuatu luar biasa dalam telinga, korang tidak boleh kalut masukkan air dan jangan sesekali juga menggunakan putik kapas, itu bahaya!

Serangga boleh memasuki telinga kita ketika tidur atau ketika berada di luar rumah seperti semasa berkhemah.

Serangga juga terbang ke telinga semasa kita terjaga, biasanya semasa bekerja atau berlari di luar.

Ia mungkin boleh mati ketika berada di dalam telinga. Namun, ada juga kemungkinan ia masih hidup dan terus bergerak dalam telinga.

Sebelum timbul komplikasi lain, serangga tersebut perlulah dikeluarkan dengan secepat mungkin.

Ini tanda-tanda jika serangga masuk telinga;

  • Berdengung
  • Bunyi keritik
  • Pergerakan
  • Sakit
  • Kurang dengar
  • Keluar air/nanah
  • Berdarah

Jangan panik! Ada beberapa langkah dan cara yang korang boleh ikut kalau ada serangga masuk telinga;

1. Bertenang

Memanglah ngeri dan geli geleman bila serangga masuk dalam telinga, tapi cubalah untuk bertenang.

Pergerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.

2. Guna graviti

Halakan telinga yang dimasuki serangga ke bawah dan goyangkan sedikit kepala.

Jika serangga itu tidak berada terlalu dalam, ia mungkin akan keluar atau terjatuh keluar dari telinga.

3. Elak guna putik kapas

Putik kapas atau pencungkil boleh menyebabkan serangga masuk lebih dalam lagi, terutamanya jika serangga itu masih hidup.

Ada risiko serangga itu akan gigit gegendang telinga.

Jangan panik jika serangga masuk telinga, guna cara ini

Artikel berkaitan: Suka telinga manusia, ini 8 fakta tentang lipas yang mungkin anda tidak tahu

4. Elak guna penyepit

Melainkan serangga tu dah mati, elakkan guna pengepit (twizzers) untuk menariknya keluar.

Kaki serangga tajam, jika ia meronta boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.

Iklan

5. Guna minyak zaitun

Jika graviti tak membantu, cuba titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam telinga yang dimasuki serangga.

Minyak akan melemaskan serangga itu dan ia akan keluar atau mati.

6. Cuci dengan air

Jika serangga sudah mati, selain keluarkan guna pengepit boleh cuci dengan semburan air sehingga keluar.

Gunakan picagari, tapi tak usah sembur kuat sangat. Rosak pula gegendang nanti.

7. Jumpa doktor

Jika semua langkah di atas gagal, maka pergilah berjumpa doktor.

Baca juga Masalah hidung berdarah dengan tiba-tiba, ini puncanya dan apa yang perlu kita buat!

Jika berjaya keluarkan, tetapi selepas itu telinga keluar nanah dan masih sakit kuat dan telinga kurang dengar, maka jumpalah doktor juga.

Iklan

Namun hati-hati, selepas keluarkan serangga dari dalam telinga, pastikan seluruh serangga itu dikeluarkan. Jangan tertinggal sisa.

Selepas prosedur keluarkan serangga juga kemungkinan korang akan alami pening. Jadi, jangan terus berdiri. Rehat sebentar.

Moga bermanfaat!

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan