PERNAHKAH korang disemburkan dengan pembasmi kuman menggunakan nano mist spray ketika memasuki premis tertentu?

Rupa-rupanya perbuatan menyemburkan cecair disinfeksi kepada manusia boleh mengundang bahaya!

Nano mist spray adalah alat penyembur yang boleh menghasilkan titisan halus bersaiz nano. Alat ini dihasilkan untuk tujuan termasuk kosmetik, wangian dan pelbagai kegunaan domestik serta industri bergantung kepada spesifikasi alat dan jenis cecair yang digunakan.

Alat ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan seperti spray gun, handheld spray sehingga yang bersaiz besar untuk kegunaan industri.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media menjelaskan mengenai isu keselamatan dan keberkesanan penyembur nano mist spray sebagai alat disinfeksi.

Katanya, semburan nano tersebut mula mendapat perhatian sebagai alat disinfeksi bagi menyekat penularan Covid-19.

Malah ramai yang menganggap alat tersebut boleh menghapuskan virus berkenaan di udara dan permukaan.

Namun perlu diketahui bahawa keberkesanan penggunaan penyembur nano mist spray bergantung kepada tiga faktor ini iaitu:

1.Keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan.

2.Jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan.

3.Tempoh masa pendedahan.

Secara umumnya pada masa ini beberapa larutan disinfeksi sedia ada berupaya membunuh Sars-CoV-2 seperti berikut:

  1. Larutan yang mengandungi alkohol 70 hingga 90 peratus.

  2. Hydrogen peroxide

  3. Thymol

  4. Quarternary ammonia

  5. Larutan berasaskan klorin

“Ingin dijelaskan larutan disinfeksi yang dinyatakan adalah bertujuan untuk nyahkuman di permukaan persekitaran dan ia tidak sesuai digunakan secara langsung kepada manusia.

“Ini adalah kerana sesetengah larutan disinfeksi boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan sistem pencernaan.

“KKM menegaskan, penyemburan disinfeksi melalui nano mist tidak menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklummkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan garis panduan untuk pendaftaran disinfeksi permukaan.

Sementara itu, NPRA turut menyenaraikan lapan panduan kepada pengguna dalam membasmi Sars-CoV-2 seperti berikut:

Baca juga Mudarat Kulit, Mata, Pernafasan. Risiko Tinggi Guna Spray Gun Cara Salah – Dr Izzar

1.Pilih larutan disinfeksi dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan pada permukaan dan mengelakkan kesan toksik kepada orang lain.

Iklan

2.Elakkan menggabungkan larutan disinfeksi seperti peluntur dengan amonia kerana ia boleh mennyebabkan terhasilnya gas berpotensi membawa maut atau menyebabkan kerengsaan pernafasan.

3.Jauhi semburan daripada kanak-kanak, haiwan peliharaan dan orang lain sehingga permukaan kering dan tidak lagi berbau.

4.Buka tingkap dan gunakan kipas untuk peredaran udara. Jauhkan diri dari bau yang terhasil jika ia terlalu kuat. Penyediaan larutan pembasmi kuman harus perlu dibuat di kawasan yang mempunyai pengudaraan baik.

5.Basuh tangan setelah menggunakan bahan pembasmi kuman, termasuk tisu basah pembasmi kuman (disinfectant wipes).

7.Pastikan penutup ditutup rapat apabila tidak digunakan.

6.Jangan biarkan kanak-kanak menggunakan tisu pembasmi kuman. Jauhi sebarang alat pembasmi kuman daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

7.Buang barang pakai buang seperti sarung tangan dan topeng yang digunakan semasa proses pembersihan. Jangan bersihkan dan gunakan semula.

Iklan

8.Jangan gunakan tisu pembasmi kuman untuk membersihkan tangan atau sebagai tisu bayi.

NPRA turut mengesyorkan memakai peralatan pelindung diri minimum disyorkan semasa pembasmian kuman seperti sarung tangan getah, apron kalis air dan kasut tertutup.

Pelindung mata dan pelitup muka juga diperlukan untuk melindungi diri daripada bahan kimia yang berisiko terpercik.

Diharapkan kita semua melakukan aktiviti pembasmian kuman dengan bijak.

Memang benar kita ingin menghapuskan koronavirus yang mungkin melekat pada permukaan dengan semburan nano mist, namun elakkan melakukannya dengan cara yang salah hingga memudaratkan diri dan ahli keluarga.

Membersihkan permukaan dengan sabun dan air sudah memadai untuk mengurangkan risiko Covid-19.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Sumber: KKM , NPRA