SEJAK wabak Covid-19 melanda negara, rata-rata hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman, sarung tangan dan pelitup muka laris bak goreng pisang panas.

Bukan itu sahaja, yang terbaharu semburan pembersih nano atau nano sanitizer spray turut mendapat tempat di pasaran.

Penggunaan produk tersebut dikatakan dapat menghapuskan virus Covid-19 yang mungkin terdapat pada permukaan tertentu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun, adakah cara yang kita gunakan itu betul dan ia berkesan?

Menerusi perkongsian Dr Izzar Anwari yang juga suami kepada pelakon Ummi Nazeera, beliau menasihatkan orang ramai agar memahami risiko menggunakan spray gun tersebut.

“Korang mesti perasan banyak jual produk spray gun untuk nyah-infeksi (disinfection) permukaan-permukaan di rumah.

“Sebenarnya, ada banyak jenis alat spray ni iaitu penyembur elektrostatik, fogger, misters, atau vaporizer.

“Alat-alat ini berfungsi dengan menukar cecair pembasmian kuman kimia itu kepada bentuk aerosol, lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan tu ventilasi tidak bagus.

“Chemical dalam bentuk aerosol ni boleh memudaratkan kulit, mata atau pernafasan kita.

“CDC tak kata dia menggalakkan atau tidak menggalakkan penggunaan alat-alat ni untuk nyah-infeksi Covid-19 di ruang umum.

“Tapi jika digunakan, ia harus digunakan dengan sangat berhati-hati,” kongsinya.

Jika penyembur elektrostatik atau fogger digunakan;

  • Perlu digunakan oleh orang yang terlatih.
  • Menggunakan pembasmian kuman kimia yang diluluskan.
  • Mengikut arahan pengeluar (keselamatan, penggunaan, sentuhan).
  • Memakai PPE yang cukup untuk melindungi keselamatan operator, orang sekeliling, dan pengguna bilik lepas tu.
  • Guna dengan sangat berhati-hati jika di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak-anak main.

Iklan

Jelas Dr Izzar, ini antara risiko yang perlu diketahui;

  1. Pendedahan kepada disinfectant chemical dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan
  2. Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak-anak bermain.
  3. Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang buat. Saya pun tak reti.

Coret Dr Izzar lagi, mencuci permukaan dengan sabun atau detergen sudah memadai bagi mengurangkan Covid-19.

Iklan

“Dalam kebanyakan keadaan, mencuci permukaan dengan sabun atau detergen sudah cukup untuk mengurangkan Covid-19.

“Lepas tu kalau nak lebih sikit, basmilah kuman dengan kaedah biasa seperti lap dengan cecair, kain lap, atau botol semburan pembasmi kuman.

“Dah memadai tu. Memangla tak canggih atau ‘cool’ macam spray gun tu, tapi lagi selamat penggunaannya.

Artikel berkaitan Rugi beli kalau tak berkesan, Nano-Silver Sanitizer Spray tidak terbukti hapus Covid-19, mesti 65% alkohol ke atas

“Jadi, bagi saya untuk penggunaan di rumah, tak perlu spray gun. Kalau nak guna lecehla bagi saya. Risiko pun tinggi kalau guna dengan cara salah,” ujar beliau.

Terdahulu, Public Health Malaysia menyatakan analisis telah dilaksanakan oleh Malaysian Health Technology Assessment Section (MaHTAS) bagi untuk meneliti mengenai keselamatan dan keberkesanan semburan berkenaan namun tidak ada bukti yang diperoleh mengenai keselamatan dan keberkesanan kos Nano-Silver Sanitizer Spray untuk mencegah penularan Covid-19.

Oleh itu, korang digalakkan menggunakan bahan pencuci yang sebetulnya iaitu hand sanitizer dengan peratusan alkohol yang disarankan iaitu 65 peratus dan ke atas.