Jangan tunggu sakit baru nak makan, banyaknya manfaat sayur hijau

SAYUR hijau sangat penting. Tapi ramai orang tak suka makan sayur sebab tak sedap, pahit, tak boleh nak telan, anak tekak tak terima dan lain-lain lagi.

Sebenarnya sayur ini amat penting bagi diet yang seimbang lebih-lebih lagi bagi mereka yang sakit.

Seelok-eloknya amalkan sejak dari muda, jangan tunggu sakit baru nak makan sayur.

Apa faedahnya makan sayur hijau?

1. Sayur hijau tinggi dengan serat.

Apabila dimakan dengan nasi atau karbohidrat yang tinggi indeks glisemik, serat ini akan membentuk seperti jaring yang akan menahan kanji ni dari diserap sekali gus.

Secara tidak langsung boleh membantu menurunkan indeks glisemik kanji tadi dan tidak meningkatkan paras gula darah secara mendadak.

Baca juga Anak-anak selalu elak sayur, ini 10 cara kreatif ‘tarik’ mereka makan

2. Sayur hijau melawaskan.

Ini juga berfaedah menggerakkan makanan dalam usus dengan tempoh yang lebih sihat.

Dapat mengawal kolesterol dan gula. Syarat kena minum air mencukupi supaya lebih lancar.

3. Sayur hijau tinggi dengan klorofil.

Ia bersifat alkali dan dapat membantu untuk menyahtoksik darah, mengalkalikan darah bagi pesakit kencing manis yang darahnya lebih asidik.

Darah berasid ini kuman suka biak, kanser pun suka jugak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

4. Sayur hijau juga kaya dengan bahan nutrisi yang boleh melebarkan salur darah.

Iklan

Ia akan melancarkan aliran darah yang sudah tentunya menjadi masalah besar kepada pesakit kencing manis. Juga sangat sihat bagi kesihatan kardiovaskular.

5. Sayur hijau kaya dengan nutrisi seperti ALA, magnesium dan polyphenols.

Boleh membantu mengawal paras gula dan meningkatkan sensitiviti insulin. Sangat baik bagi pesakit kencing manis.

Baca juga Memang unik, lagi sedap. Wanita ini guna kulit tembikai untuk ganti sayur dalam masakan. 

Krediti foto: Freepik

6. Sayur hijau kaya dengan pelbagai phytonutrisi.

Iklan

Ia boleh melawan radang, melawan radikal bebas (fungsi antioksidannya), vitamin yang berfaedah, folate (untuk kesihatan DNA dan RNA), beta carotene, lutein dan banyak lagi yang berfungsi untuk awet muda.

Untuk pesakit kencing manis, kalau makan nasi isikan separuh pinggan tu dengan sayur hijau. Ia mengenyangkan dan terbaik untuk kesihatan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Zubaidi Ahmad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!