‘Jika lelaki faham & sedar beratnya tanggungjawab suami…’ – Dr Fadzilah Kamsah

“SEBENARNYAKAN, jika seseorang lelaki mengerti dan menyedari betapa beratnya tanggungjawab seorang suami, hati dan mindanya hanya tertumpu kepada membahagiakan kehidupan isteri sepenuhnya.”

Demikian luahan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Dr Fadzilah yang mesra dipanggil Tok Abah menulis bahawa jika seorang suami hanya fokus bahagiakan isteri maka tiada ruang untuk orang ketiga.

“Diulang, hati dan mindanya telah penuh. Maka, tiada lagi ruang untuk wanita lain hadir dalam kehidupannya,” tulisnya.

Perkongsian itu mencuri perhatian ramai dan sehingga kini mendapat lebih 6300 shares, 20,000 tanda suka dan hampir 1,000 komen.

Rata-rata warga maya bersetuju dengan perkongsian beliau.

Baca juga Dedah nikah isteri kedua dengan restu yang pertama siap video tunjuk ‘jaga hati’ undang amarah kaum Hawa, Abang Tesla dikecam teruk

Gambar fail.

Dalam pada itu, Datuk Dr Fadzilah turut berkongsi tentang isteri derhaka dan tanggungjawab bersama pasangan.

Sebelum tuduh isteri derhaka, kita sendiri kena check beberapa perkara ini;

1. Adakah dia sibuk urus dapur, masak dan hidang juadah keluarga macam biasa?

2. Adakah dia sibuk urus basuh pinggan mangkuk, basuh kain, jemur kain dan lipat semua itu?

3. Adakah dia sibuk tengokkan kerja rumah anak-anak, sediakan baju sekolah, seterikakan dan urus ragam anak-anak?

Jika dia buat semua itu dan jalankan tanggungjawabnya dengan baik, kita tak layak tuduh dia derhaka.

Ini yang kadang kala suami tak faham. Isteri bukan sengaja nak marah-marah. Marahnya bersebab.

Bila dia dah mula tinggi suara, bila dia dah mula moody dan serabut tiba-tiba, itulah tanda pertolongan dari suami itu perlu datang dengan segera.

Baca juga Suami isteri wajib tahu dalam sebulan ada 3 tarikh makruh bersetubuh

Sebagai suami, kita perlu cakna serta peka dengan kondisi isteri. Isteri kita ni sebenarnya tiada masa rehat.

Iklan

Kita pun adakalanya ambil jeda sebentar duduk depan TV, layan netflix atau main game. Mereka tiada masa relaks. Maka, jangan tambah kemarahan isteri.

Kita yang diberikan akal yang tinggi ini, patut ringankan bebannya. Dia bukan orang gaji, malah kita tak bayar gaji apa-apa pun.

Maka, tugas mengurus rumah tangga perlu bergandingan bahu. Bukan letak atas bahu si isteri sahaja.

Baca juga Dilema suami malas, tak jatuh pun ego lelaki buat kerja rumah

“Tok Abah cakap berdasarkan banyaknya kes yang datang pada Tok Abah, si suami gemar kata isteri tak dengar kata, walhal dia sendiri tak jalankan tanggungjawab sehingga isteri terpaksa tinggikan suara.

“Ingat, kita ini bukan budak kecil lagi. Kalau isteri kita membebel, tentu kita rasa kusut dan stress bukan.

Iklan

“Maka, sebelum keluar dari mulutnya hal-hal begitu, ringankan tulang, kemas rumah sama-sama.

“Isteri tak minta kita urus semua, cukuplah bantu di saat dia benar-benar memerlukan.
Kasihani isteri tercinta kita,” pesannya.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!