Jika masih punya ibu bapa, hadam pesanan mesra ini

Jika masih punya ibu bapa, hadam pesanan mesra ini
Jika masih punya ibu bapa, hadam pesanan mesra ini
A
A
A

SUNGGUH besar pengorbanan ibu ayah membesarkan kita. Dulu mereka muda dan bertenaga menguruskan anak-anak.

Kini mereka semakin dimamah usia. Kita sebagai anak, jangan sesekali sia-siakan waktu berlalu begitu sahaja.

Sentiasalah membahagiakan ibu bapa yang masih ada walaupun pengorbanan mereka tidak akan terbalas walau diberi segunung emas permata.

Sebagai seorang muslim kita diajarkan untuk berbakti kepada ibu bapa kita dengan pelbagai cara.

Begitulah, jika kita masih ada ibu bapa, hadam pesanan Ustaz Firdaus Mokhtar ini.

1. Bercakap dengan lemah lembut. Terutama bila ibu bapa kita telah semakin berusia.

Mereka akan semakin sensitif dalam berperasaan. Jadi jaga setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita.

2. Selalu hubungi ibu bapa bertanyakan khabar dan keperluan mereka.

Kalau duduk jauh, video call pun boleh kan?

3. Gembirakan hati mereka juga. Tunjukkan kasih sayang kita.

Selalu tanya pendapat mereka untuk keputusan yang akan kita buat. Macam kita kecil-kecil dulu.

4. Peluklah mereka selalu. Masa bertemu, masa nak berpisah.

Peluk dan ciumlah pipi mereka. Itulah yang ibu bapa kita selalu buat dekat kita waktu kita kecil dulu.

Baca juga YouTuber berumur 9 tahun terima bayaran tertinggi di dunia, cuma hasilkan video ‘unboxing’

5. Waktu kita lapang dan ada cuti, bawa ibu bapa kita berjumpa dengan saudara mara. Terutama yang dah duduk jauh.

6. Doakan mereka dalam setiap kali doa kita. Lepas solat terutamanya.

Hadirkan perasaan yang mendalam ketika nama mereka kita sebut.

Bersungguh minta Tuhan ampunkan dosa mereka dan mereka diberi keselamatan akhirat.

7. Berikan mereka hadiah di hari lahir kita. Iya kawan-kawan, tanpa mereka kita tak akan lahir ke dunia.

Maka pada hari lahir kita, hargai mereka. Tanda kita berterima kasih.

Selagi mereka ada, itulah jalan syurga buat kita. Bahagiakanlah mereka, Tuhan akan bahagiakan kita.

Buat korang yang telah tiada ibu bapa, terus doakan mereka. Buatlah kebaikan dan niatkan buat mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca