BAHAGIA adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan kebahagiaannya.

Begitulah, jika kita wanita yang ingin bahagia di dunia dan akhirat, boleh hadam perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini.

Melalui perkongsian di Facebook, Ustaz Firdaus ada pesan untuk kaum hawa.

Ini lapan pesanan buat semua yang bergelar perempuan;

1. Perempuan yang tidak bertudung bukanlah jahat.

Ada juga yang bertudung tapi perangai ya ampun ngeri.

Namun begitu Rasulullah dah pesan kalau tak bertudung akan diseksa di akhirat nanti.

2. Perempuan jika ada simpan perasaan ke lelaki tak solat, elok nasihatkan dia utamakan solat dulu.

Kalau tidak mahu juga, korang carilah lain. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke syurga.

Kalau diri sendiri pun tak mampu nak bawa, apatah lagi diri orang lain ye dak?

3. Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa daripada suaminya setiap hari sebelum tidur.

4. Seorang yang solehah itu punya sifat malu yang sangat tinggi. Maka dia tidak akan memalukan diri sendiri.

TikTok untuk ‘challenge’ itu ini (yang tanpa ada batas menjaga aurat) tanda sifat malu telah lebur.

Baca juga Kerja juga satu bentuk ibadah, tapi masih ramai yang tak sedar

5. Perempuan yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga. Maka usaha itu kita hargailah.

Iklan

6. Isteri yang solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Di rumah terutamanya dia sangat berhias.

Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri di syurga nanti.

7. Isteri yang bersalaman dengan suaminya akan berguguranlah dosanya. Maka selalulah bersalaman dengan suami ya.

Santunilah suami elok-elok.

Iklan

8. Yang ini kena selalu hati-hati. Isteri yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.

Allahu. Maka usah minta yang bukan-bukan.

Semoga kita tergolong dalam perempuan yang patuh kepada suruhan Ilahi.

Sumber: Firdaus Mokhtar