SISA sayur-sayuran yang dijual pada harga murah di pasar raya sering dianggap sudah tidak elok untuk dimakan.

Makanan yang dibungkus dan diletakkan di sudut khas tersebut lazimnya sudah menghampiri tarikh luput.

Pun demikian, tahukah anda kebanyakannya masih berkeadaan baik.

SUMBER Ron Lach daripada PEXELS.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Suhasnida Ismail, makanan tersebut padanya masih boleh dimasak sebagai hidangan.

Malah, beliau tidak malu membeli sayur berkenaan kerana banyak yang boleh dijimatkan. Sementelah, kebanyakkannya masih dalam keadaan elok.

“Orang kalau sudah pandai masak beli yang ‘reject’ pun tak kisah, beli yang elok pun belum tentu dimasak,” ujarnya.

Antara yang sering dibelinya adalah halia, limau nipis, limau kasturi, kunyit, jagung dan lada benggala.

 

Baca juga: Petua sayur campur cantik berkilat macam kat kedai, mesti buat ni sebelum goreng

SUMBER Mart Production daripada PEXELS.

Sehingga kini entri tersebut telah dikongsi sebanyak 2,702 dan mendapat lebih 31.6 juta tanda suka untuk hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna lain bersetuju dengan pandangan wanita berkenaan.

Baca juga: Wanita ini kongsi cara unik tanam sayur guna tali mop. Mudah nak jaga, pokok pun subur walau tak siram selalu

SUMBER Cat Coming daripada PEXELS.

Bahkan, ada yang mengakui turut menjadi pembeli sayur-sayuran tersebut.

“Saya pantang nampak ini, saya mesti singgah tengok.

“Mana yang elok saya akan beli dan jerukkan,” komen Rosallyna Roselle yang menyatakan ia langkah bijak untuk berjimat.

Iklan

Baca juga: Kreatifnya cara tanam sawi kingkong guna botol minyak masak terpakai je. Sayur pun segar & subur. Jimat ruang!

SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.

Sementara itu, Nik Hana berkata, beliau selalu beli buah pisang untuk dijadikan kek pisang.

Katanya, penggunaan pisang yang sudah lembik memang akan membuatkan juadah tersebut menjadi.

“Selalu saya dapat cili padi kampung. RM2 je sebungkus besar pula tu,” kata seorang lagi pengguna, Rohaiza Azreen.

SUMBER Vanessa Loring daripada PEXELS.

Tidak dinafikan, ada juga yang menganggap makanan tersebut sudah rosak sehingga menurunkan standard pembeli.

Iklan

Semuanya bergantung kepada cara masing-masing. Jika kita pandai pilih, banyak sebenarnya sayur-sayuran tersebut yang masih boleh dan sesuai untuk dimasak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang