BOTOL minyak terpakai jika sudah tidak mahu digunakan, jangan terus buang.

Apa kata jadikan ia sebagai tempat untuk tanam sayur sawi.

Itulah kaedah simple namun menjadi yang dikongsikan oleh Mohd Farhan Razali menerusi page Berkebun Untuk Beginner.

SinarPlus tertarik melihat hasil sayuran hijau tersebut yang bukan sahaja besar, malah hasilnya begitu segar, cantik, bersih dan selamat.

Perkongsian menerusi laman Facebook itu nyata mengundang perhatian ramai.

Baca ni Penuhi permintaan isteri, lelaki ini DIY rak pasu bunga guna paip PVC je. Simple, cantik & jimat ruang!

sawi

Bagi anda yang ingin mencuba, boleh praktikkan tip yang diberikan lelaki berkenaan.

“Sedikit perkongsian daripada saya untuk sahabat yang baru mula bercucuk tanam.

“Gambar lama hasil tanaman sawi kingkong menggunakan botol minyak masak sebagai bekas tanaman. Mungkin ada yang pernah lihat sebelum ini,” ujar beliau.

sawi

Baca lagi Semai daun bawang tak perlu tanah pun tetap subur, guna botol plastik terpakai jer. Mudah & menjadi!

 

Bahan-bahan

Benih sayur sawi kingkong

Cocopeat (sabut kelapa)

Baja AB (kepekatan 1.5 sehingga tuai 1.8)

Tip tanam guna botol:

– Botol yang ada penutup tu biarkan sahaja, tebuk satu lubang untuk lebihan air keluar.

– Basahkan cocopeat sepenuhnya dan tabur satu hingga tiga biji benih.

sawi

Baca lagi Wanita ini kongsi cara unik tanam sayur guna tali mop. Mudah nak jaga, pokok pun subur walau tak siram selalu

– Dalam satu botol, letakkan satu hingga dua pokok sawi berkenaan.

– Siram dua kali sehari. Jika cocopeat masih lembab, tidak perlu siram.

Iklan

– Apabila benih sudah bercambah terus bagi kena panas pagi.

Rata-rata warga maya memuji cara tersebut. Selain menjimatkan ruang terutama bagi anda yang memiliki halaman rumah sempit, cara tersebut juga tidak memerlukan modal yang besar dan penjagaan yang rumit.

sawi

  1. Baca lagi Rupanya cara ini lagi mudah, pantas & bersih untuk kupas dan tanam bawang putih. Guna air jer. Memang superb!

‘Baguslah idea ni. Letak pada tiang, jimat ruang.’

‘Cantiknya kejadian. Alhamdulillah, paku pada tiang je. Lagi mudah untuk orang perempuan DIY.’

‘Nak seribu daya, buat tanpa tapi. Tahniah, suka dengan semangat tuan menanam.’

‘Syoknya tengok, subur sungguh.’

Iklan

sawi

‘Sawi kingkong legend.’

‘Terbaik! Saya suka idea DIY kitar semula plastik macam ini. #zerowaste.’

Idea yang bernas dan rare, guna tiang dan botol terpakai untuk tanam sayur. Hasilnya pun segar-bugar, besar-besar pula tu.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus.  Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang