BAKAT dan rupa ada pada dirinya. Namun, aura Muaz Mohamed tidak sekuat rakan seangkatannya yang lain.

Perjalanan karier Muaz bermula di RTM dan selama sembilan tahun tuan punya badan berhempas-pulas bekerja.

Titian kerjayanya selepas itu bersambung di Media Prima. Lebih tepat, sebagai penyampai radio Kool 101 (dulu Kool FM).

Dalam diam tidak diam, sudah tujuh tahun beliau terus membina portfolio. Apa yang penulis dapat rumuskan, Muaz sudah berada di dalam liganya tersendiri. Lelaki berkarisma itu juga mempunyai stail penyampaian yang menyenangkan pendengar.

muaz

Namun, bukankah ia mengambil masa yang agak panjang untuk semua itu? Tidakkah beliau terasa hati atau kecewa dengan situasi berkenaan? Macam tidak adil, bukan?

Baca lagi Bertugas di stesen radio popular HotFM, ‘jodoh’ Fizi Ali, Aisha Mazlin akui dirinya tetap sama, tiada yang berubah

Riak berlebihan penulis ditenangkan Muaz. Dengan tenang sambil menguntum senyuman, Muaz menitipkan kata.

“Alhamdulillah, sudah tertulis rezeki saya sebegini. Saya bukan jenis try hard. Mungkin ketika berada di RTM, saya lebih tertumpu kepada kerja, keluarga dan keseronokan. Bab glamor itu perkara kedua, tambahan di sana (RTM) ada garis panduan yang perlu diikuti.

“Selepas sembilan tahun, saya rasa sudah sampai masanya untuk beralih tempat kerja untuk melihat sejauh mana bakat saya mampu pergi jauh. Bayangkan di RTM semua benda saya sudah cuba, program apa yang saya tidak terlibat. Bintang RTM, Bakat TV, Bintang Klasik dan banyak lagi,“ katanya.

muaz

Sepanjang kami bersembang, Muaz dilihat menjawab pertanyaan penulis dengan sangat lancar, bersahaja, seolah-olah tanpa sesaat beliau berfikir.

“Oh! Itu mungkin kelebihan yang ada dalam diri saya. Sejak kecil lagi saya minat jadi deejay dan suka bercakap. Sampaikan ibu selalu marah minta saya berhenti bercakap.

“Ketika masuk universiti pun, saya pilih bidang komunikasi massa dan penyiaran sebagai fokus utama,“ katanya yang menjalani latihan industri di RTM, sebelum bergelar deejay di Muzik FM.

Baca lagi Amyra Rosli tak pernah anggap media sosial satu platform toksik. Ini pengalaman yang dikongsikan…

TANTANGAN BAHARU

Menyambung perbualan, Muaz, 39, memberitahu, beliau menyedari dirinya ‘lambat naik‘. Pun demikian, satu perkara yang dirinya tidak boleh nafikan adalah rezeki tetap datang bertali arus.

Dalam hal tersebut, empunya diri menjadikan Amy Mastura sebagai contoh. Biarpun sudah lama berada dalam industri seni, selebriti itu tetap bertahan meski lambakan bakat-bakat baharu hadir.

Percaturan Muaz berhijrah ke Kool 101 sebenarnya membawa satu tantangan yang cukup mega. Ia umpama satu alam baharu untuknya.

Masakan tidak, walau hampir sedekad lamanya dikatakan sudah matang dan ilmu yang dibawa mungkin cukup untuk dicurahkan di tempat baharu, realitinya tidak begitu.

Beritahu anak kelahiran Muar, Johor itu, beliau terpaksa bermula daripada kosong semula!

“Waktu itu saya baru sedar bahawa persaingan dan cabaran yang cukup hebat. Kalau sebelum ini saya tidak mengejar populariti, namun dunia baharu ini membuatkan saya seolah-olah perlu berbuat demikian.

“Namun, melihat cara rakan saya, AG Azmeer yang mampu bertahan sehingga sekarang, saya yakin dan percaya mampu mencontohinya biarpun terpaksa bersaing dengan generasi baharu yang tidak kurang hebatnya,“ kata anak sulung daripada tiga beradik itu melaungkan azam.

“15 tahun saya memendam rasa, rasanya sudah sampai masa saya bersuara. Adakalanya timbul rasa nak give up dengan double standard begini. Inilah situasi yang saya alami sebagai seorang penyampai yang juga pengacara,“ kata beliau yang nampak tulus ketika meluahkan rasa yang sudah terbuku dalam sukmanya.

Baca ni ‘Cemburu anak-anak buat saya jadi takut…’ Watie lupakan seketika niat timang anak sendiri

Beralih kepada pertanyaan lain yang sebenarnya sudah lama penulis ingin ajukan kepada seorang deejay.

Baca lagi Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

Pun begitu, daripada hati yang terdalam, empunya diri sedikit terkilan dek segelintir individu yang masih mengaitkan beliau dengan RTM.

 

“Sehinggakan ada yang cop saya muka RTM dan minta ubah cara, sedangkan sudah tujuh tahun saya beralih tempat. Tidak timbul soal malu atau sebagainya, cuma rasa kecewa dengan persepsi negatif sebegitu.

“15 tahun saya memendam rasa, rasanya sudah sampai masa saya bersuara. Adakalanya timbul rasa nak give up dengan double standard begini. Inilah situasi yang saya alami sebagai seorang penyampai yang juga pengacara,“ kata beliau yang nampak tulus ketika meluahkan rasa yang sudah terbuku dalam sukmanya.

Baca ni ‘Cemburu anak-anak buat saya jadi takut…’ Watie lupakan seketika niat timang anak sendiri

Beralih kepada pertanyaan lain yang sebenarnya sudah lama penulis ingin ajukan kepada seorang deejay.

Soalan itu mahu ditanya didorong oleh situasi semasa atau trend yang menyaksikan seorang penyampai radio yang tidak bertahan lama di sesebuah stesen radio.

Muaz memberi jawapan jujurnya. Beliau berterus terang dengan mengatakan bidang tersebut sememangnya sukar untuk seseorang pergi jauh.

“Pada saya, kemuncak kerjaya seorang deejay adalah apabila mereka merangkul sesuatu anugerah atau memperoleh pendapatan lumayan.

“Ada baiknya demi masa depan, kita boleh selitkan dengan aktiviti lain seperti membuka bisnes, jadi moderator, pengajar untuk bidang pengacaraan dan sebagainya. Seronoknya menjadi deejay ini adalah kita dapat berjumpa dengan ramai orang selain mengasah bakat komunikasi kita,“ ungkap beliau lagi.

Baca ni ‘Saya bukan playboy, cuma tak cukup matang untuk jadi suami kepada dua isteri’. Iman Zulkarnain mahu lebih berhati-hati

Iklan

SUAMI SPORTING

Penceritaan tentang kerjaya kami noktahkan setakat itu lantaran masih banyak hal yang ingin dibicarakan dengan suami kesayangan Nor Ediana Abd Aziz itu.

Kalau diselak media sosial Muaz, nampak gaya beliau gemar berbasikal.

Tatkala diterjah kenapa kecondongannya lebih kepada aktiviti orang ‘have-have’, tuan punya badan hanya melepaskan tawa kecil.

muaz

“Ya, memang mahal, namun bukan selalu kita berbelanja. Lagipun ini minat dan semuanya bergantung kepada kemampuan masing-masing. Salah satu impian saya adalah untuk menjadi Ironman sepertimana yang sudah dicapai Alif Satar dan Khairy Jamaluddin.

“Semakin berumur, semakin saya mencari apa yang boleh buat untuk berehat dan lepaskan tekanan. Nampaknya, aktiviti berbasikal, larian dan renang adalah bersesuaian dengan pilihan terbaik untuk saya,“ ujarnya yang mula aktif dengan hobi  lasak tersebut sejak Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).

Baca lagi Membawa aura persis Wan Zaleha Radzi, pembaca berita TV3, Nadia Azmi curi tumpuan. Turut guna platform TikTok sebar ilmu

Kepada satu soalan, Muaz berkata, berawal isteri dan anak-anak agak pelik apabila lelaki kesayangan mereka memilih sukan yang memenatkan.

Namun, jelas selebriti penuh santun tersebut, itu bukan menjadi hal kerana paling penting dirinya tidak pernah mengabaikan orang-orang tersayang hanya kerana minat.

muaz

“Saya akui kehidupan peribadi sedikit berubah, namun saya puas hati dan penat saya berbaloi. Jadual saya padat, jadi saya tak boleh semberono keluar berbasikal.

“Pada hujung minggu, saya lakukan aktiviti ini pada awal pagi. Kemudian, tengah hari atau petang, saya akan keluar dengan anak dan isteri. Alhamdulillah, keluarga sangat memahami minat saya. Memang segalanya kena rancang betul-betul,“ ungkapnya.

Iklan

Seperkara, sibuk macam mana sekali pun, Muaz berkata, ada ketikanya beliau akan mengambil alih tugas menguruskan anak-anak daripada isterinya.

“Kalau sebelum ini isteri saya bekerja, namun selepas PKP kami sepakat untuk beliau uruskan anak-anak dan saya cari rezeki. Pun begitu, saya tidak hanya biarkan beliau seorang sahaja uruskan rumah tangga.

“Saya sedar, tugas sebagai suri rumah bukan mudah. Penat dan stres hanya mereka yang tahu. Sebab itu, saya berikan ruang me time untuk isteri rehatkan mindanya. Beliau boleh keluar dengan kawan-kawan atau buat sebarang aktiviti, sementara saya tengokkan anak-anak di rumah,“ luah ayah kepada tiga cahaya mata itu.

Muaz

Baca ni ‘Pengorbanan terbesar untuk keluarga & anak.’ Perkongsian Eja undang sebak, dah masuk 50-an tetap cantik & anggun!

Akui Muaz, menggalas tugas itu cukup meletihkan. Pun demikian, tawa riang anak-anak menceriakan hatinya.

“Penat memang penat, namun segalanya berbalas apabila melihat senyuman anak-anak. Lebih-lebih lagi apabila pulang daripada kerja atau bersukan, dengar suara anak-anak memanggil nama kita, memang hilang segala rasa. Pada saat itu, hanya yang muncul emosi gembira dan bahagia,“ katanya sambil tersenyum manis.

Sedikit tentang keterampilan diri, Muaz memberitahu, beliau seorang lelaki yang sederhana dalam berfesyen.

“Hanya apabila memerlukan saya tampil kasual, barulah saya akan berbuat demikian. Pada saya, imej memang penting. Satu lagi, sama ada seseorang lelaki itu dilihat maskulin atau tidak bukan berdasarkan penampilan diri. Ada yang gemar tampil kemas, skema dan ada juga sebaliknya. Bergantung kepada minat masing-masing,“ ungkapnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang