Kaum wanita, jangan panik kalau suhu enjin naik masa tengah drive.. ikut tips ini
ENJIN overheat boleh dikatakan mimpi ngeri bagi semua pemandu kenderaan terutamanya kaum wanita.
Kejadian begini tidak boleh dijangka, lebih-lebih lagi jika memandu berseorangan, pada waktu malam atau di jalan raya yang sunyi.
Kepada kaum wanita, diingatkan juga sentiasalah pandang-pandang tempat meter temperature ketika memandu.
Artikel berkaitan: Reka bentuk Almera Turbo Serba Baharu lebih sporty, canggih
Kejadian sebegini banyak terjadi dengan alasan lupa nak tengok kan?
OK adik kakak, mari kita ikut lapan tips mudah ini jika kita terkena keadaan itu:
1) Bila perasan meter temperature dah tunjuk atas dari 3 bar, maksudnya enjin dah panas lebih daripada suhu sepatutnya.Sebaiknya cari tempat berhenti yang selamat. Matikan enjin.
2) Biasa kalau meter dah tinggi, bonet depan mesti berasap sebab tekanan suhu yang tinggi macam air mendidih.
Jadi rileks, jangan panik. Buka bonet depan, biarkan sampai sejuk dulu.
3) Jangan sentuh apa-apa terutamanya bahagian tangki dan cap radiator. Kipas radiator akan tetap berpusing walau enjin dah dimatikan kerana ada temperature sensor jadi dia akan singkirkan segala haba.
4) Kemudian bila asap pun dah tak ada, ambil kain tebal untuk alas tangan masa buka radiator cap.
Pusing perlahan je sebab kebiasaannya air panas akan memancut. Bila confirm tak ada air memancut teruskan buka cap tersebut.
5) Sekarang boleh tengok air dalam tangki tu mesti kering, tapi jangan tuang air sejuk / coolant sebab air dalam tu masih panas, kalau terus tuang air sejuk akan jadi pertembungan suhu. Benda ni tak elok untuk sistem penyejukan dan enjin.
6) Tunggu beberapa minit lagi sampai boleh sentuh tangki tu dah tak panas, baru tuang air. Air ye bukan coolant. Tuang sehingga penuh, kemudian hidupkan enjin kereta.
7) Segera cari Pusat Servis Radiator atau bengkel berdekatan, semasa memandu tu sentiasa perhatikan meter. Kemungkinan enjin untuk overheat balik adalah tinggi. Jika meter naik lagi, ulang step tadi.
8) Tapi jika korang jauh dari bengkel, sebaiknya call towing insurans kereta.
Sentiasa berhati-hati dan utamakan keselamatan, masa berhenti tepi jalan tu jangan lupa hidupkan lampu kecemasan dan letak tanda 3 segi amaran.
Itu antara langkah boleh buat jika berlaku situasi enjin overheat, tapi seeloknya perkara seperti ini harus dihindari.
Rancang perjalanan dan buat persiapan secukupnya termasuk membuat servis radiator.
Lebih-lebih lagi jika kereta yang dah berusia 5 tahun ke atas.
Amalkan pemanduan cermat dan sentiasa peka kondisi enjin sebelum memulakan perjalanan.
Sumber: RBM Radiator Specialist
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang