Pernah cakap tak mahu kahwin artis, Amira Othman akui jodoh dengan Fattah Amin sudah tertulis — 'Dia penyabar & bersangka baik'
PENYANYI Amira Othman menyifatkan suaminya yang juga pelakon Fattah Amin sebagai lelaki yang memiliki tahap kesabaran tinggi.
Menurut pemilik nama penuh, Nadia Amira Othman, sifat tersebut merupakan antara faktor yang memikat hatinya selama mereka saling mengenali hati budi masing-masing.
"Dia penyabar dan sangat bersangka baik, walaupun dia seorang figura awam, kalau borak dengan dia, akhirnya dia akan berbalik kepada ‘Tidak mengapa, ALLAH ada’.
"Saya rasa benda-benda itu buat bila berborak dengan pasangan yang tiada perkara hendak berbalah dan ada matlamat yang sama,” kata wanita berusia 33 tahun itu dalam temu bual podcast The Chic Code baru-baru ini.
Tambahnya, sifat pelindung yang dimiliki sang suami juga antara yang menambat hatinya.
"Dia sangat ‘protective’ dan saya rasa semua lelaki begitu.
“Perkara tersebut bila tengok cara dia dengan famili, ibu adik-adik dan anaknya, Fatima Aisya,” ujarnya.
Jodoh kalangan selebriti
Dalam pada itu, dia berkata setiap individu yang dihadirkan dalam hidup seseorang adalah sudah diatur dan bersesuaian dengan diri sendiri.
“Saya rasa jodoh ini Tuhan akan bagi kita orang yang bersesuaian.
“Kalau adik-adik putus cinta, saya selalu pesan memang Tuhan akan bagi awak orang yang tepat, dengan kita tak sesuai tetapi mungkin sesuai dengan orang lain,” kongsinya.
Menerusi perkongsian sama, Amira mengakui pernah meminta pada Tuhan agar tidak dipertemukan jodoh dengan lelaki daripada kalangan selebriti.
Pertemuan dengan Fattah adalah perkara tak dirancang dan hanya mula berkenalan sebab kerja sedangkan sebelum itu tidak pernah bertegur.
“Saya pun pernah cakap tak mahu kahwin dengan artis terutama pelakon.
“Tapi tiba-tiba selepas bekerja dan beritahu ibu bapa saya, semuanya dipermudahkan dan sudah tertulis,” jelasnya.
Untuk rekod, Amira dan Fattah bergelar suami isteri pada 14 September tahun lalu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

