Kedai emas diserbu namun awas! Anda bakal dikenakan kompaun jika langgar SOP

Kedai emas diserbu namun awas! Anda bakal dikenakan kompaun jika langgar SOP
November 30, 2020
Oleh Faezah Muda

KINI tiba masanya yang ditunggu peminat emas.

Beberapa hari lalu dikatakan harga pasaran emas telah menurun sehingga RM230 per gram.

Difahamkan, harganya mula menurun sejak pertengahan November baru-baru ini.

Ini adalah khabar yang sangat menggembirakan kepada kaum wanita kerana sejak Julai lalu, harganya meningkat secara mendadak sehingga RM270 segram.

Kelihatan juga premis-premis kedai emas seluruh negara menjadi tempat serbuan para pencintanya.

Namun awas, tindakan tegas bakal diambil pihak berkuasa jika premis emas itu gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19.

Iklan

Seperti yang terjadi di Kelantan, media melaporkan, kompaun dikeluarkan terhadap pemilik kedai emas dan pembeli kerana kegagalan mematuhi SOP.

Iklan

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya mendapati sehingga kini masih ada pemilik kedai emas yang gagal menyediakan alat penyukat suhu dan cecair pembasmi kuman.

Menurutnya, pihaknya kesal dengan tindakan peniaga yang hanya memikirkan jualan dan keuntungan semata-mata dan mengabaikan SOP ditetapkan kerajaan.

Katanya, sebanyak sembilan kompaun dikeluarkan terhadap pemilik kedai emas dan pembeli dalam tempoh dua hari hingga kelmarin dan kebanyakan kesalahan adalah gagal mematuhi SOP.

Shafien turut berkata, pihaknya akan meningkatkan pemantauan di kedai emas bagi memastikan ketidakpatuhan itu tidak berulang selain menasihati pemilik kedai agar menggunakan khidmat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk mengawal pembeli.

Baca juga Graduan atau sedang mencari kerja ini cara ‘power’ mohon di LinkedIn

Beberapa media hari ini melaporkan banyak kedai emas seluruh negara dikunjungi ramai susulan penurunan harga emas sejak minggu lepas, kebanyakannya tidak mematuhi SOP.

Ini senarai SOP yang perlu diikuti;

  1. Memastikan semua staf, pembekal dan pelanggan melalui proses saringan suhu badan.
  2. Cecair pembasmi kuman disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk.
  3. Mewajibkan pemakaian pelitup muka oleh pekerja ketika berurusan.
  4. Memastikan penjarakan sosial satu meter sepanjang masa.
  5. Digalakkan membuat bayaran secara elektronik.
  6. Menghad laluan keluar masuk pelanggan ke premis;
  • Meminima kemasukan pelanggan ke dalam premis pada satu-satu masa
    tertakluk kepada saiz premis; dan
  • Melaksana Program Kesedaran Awam.

Jadi, terus patuhi SOP ditetapkan ya!