DI MANAKAH sifat perikemanusian? Layakkah digelar insan jika sanggup memijak haiwan kecil yang tidak berdosa bahkan tak mampu mengapa-apakan kita ini?

Bukan seekor, tetapi tiga ekor sekali meow comel itu dihenyak dipercayai menggunakan tapak kasut oleh individu kejam itu.

Turut menerima laporan berhubung kejadian ialah pihak Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia).

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, tiga ekor anak kucing yang dipijak hingga mati itu perlu mendapat pembelaan yang serius.

“Kejadian berkenaan berlaku di Pasar Awam Maharani, Muar Johor siang tadi (30 Jun 2020) merupakan kezaliman sadis yang menuntut siasatan komprehensif terhadap pelakunya.

“Apa pun alasannya, pelaku wajib dihumban ke penjara dengan hukuman maksimum.

“Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor diminta untuk melakukan siasatan terperinci dan tidak mengamalkan sikap bergantung maklumat dan beban bukti daripada orang awam semata-mata secara verbal. Sebaliknya perlu signifikan dalam menjejak pelaku,” katanya di Facebook Animal Malaysia yang turut dikongsikan dengan SinarPlus.

Tiga ekor kucing yang dipercayai dipijak hingga mati dan berlumuran darah.

Menurut beliau, Animal Malaysia difahamkan bahawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi di pasar tersebut yang merakam aksi kejam memijak kucing hingga pecah kepala dan mati amat kabur dan tidak jelas menunjukkan wajah pelaku.

Artikel berkaitan: Kesiannya kucing, anjing diseksa, dipijak sampai mati. Apalah dosa mereka?

“Diharapkan alasan ini bukanlah satu sebab terlepasnya pelaku. Malah diharapkan DVS Johor menggiatkan tindakan mencari beban bukti secara profesional.

“Kes ini cukup saksi mata yang melihat insiden kejadian yang boleh membantu jejak pelaku yang disyaki peniaga pasar,” katanya tentang posting berkaitan yang tular dan mengundang kemarahan serta kekesalan warganet itu.

Pengadu

Sementara itu, dalam laporan polis berhubung perkara itu, pengadu, Siti, 22, berkata, pada 30 Jun semasa sampai di Pasar Awam Maharani Jalan Salleh itu, beliau terlihat tiga bangkai kucing yang berdarah.

Menurutnya, dia juga mendapati ada kesan darah dan tapak kasut di lantai. Siti melaporkan telah melihat rakaman CCTV dan ada individu sedang menyeksa kucing tersebut.

Laporan dibuatnya kerana tidak mahu perkara itu berulang.

Iklan
Laporan polis yang dibuat oleh Siti.

Antara respons warganet:

Inilah yg dikatakan selamat jika dihantar ke pasar? Orang yg berilmu dalam hal agama pun suruh hantar ke pasar, kononnya ada banyak makanan di pasar. Mereka tengok tak kejadian mcm ni atau hanya pandai bercakap tanpa berpijak di bumi nyata?

Nauzubillahiminzalik 😫 mereka mohon kemarahan alam semulajadi 😥 tak semua mampu faham kejadian ni 😣 tolong jangan buat kucing atau aniaya haiwan tak tentu pasal 😭 depa pun makhluk amanah tuhan (Allah SWT) kat kita 😭

Satu je nk cakap..org yg pijak nie bkn manusia..sbb manusia ada akal..org yg ada akal xkn buat benda kejam mcm nie..nk kata dia haiwan pun x jugak sbb haiwan skrng pun ada sifat penyayang..x tau nak ckp dia nie jenis apa..semoga dpt balasan..ingat,hidup kat dunia nie sementara..selagi ada masa,bertaubat..dunia nie bkn utk manusia je tp utk semua makhluk ciptaan Allah termasuk la kucing yg kau pijak nie..selagi ada masa,buat baik sesama makhluk..guna akal yg ada..

Iklan

Pada yang melihat kejadian tersebut di depan mata tolonglah tampil ke hadapan sebagai saksi pada Persatuan Haiwan Malaysia agar sipelaku yang bersifat kejam sedemikian dapat dikenakan tindakan undang undang yang tegas😥

kenapa la buat camtu kat kucing…kesian la…mna hati sang pelaku…xde perikemanusiaan langsung…kesal sangat sebab kejadian berlaku kat pasar awam..mana semua orang….xkan tengok je org lakukan kezaliman terhadap kucing tu…semoga pelaku sedar akan perbuatannya…

Tak kisah lah kalau bukan seorang pencinta haiwan sekali pon please jangan bersifat kejam. Semoga mendapat balasan selayaknya.

Sedih. Mengapa kejam sangat . Ingat kau saja yg layak hidup kat muka bumi ni. Harap sipelaku mdpt balasan . Tunggu kau….