“TENANGLAH duhai ibu dan bayi, semoga kalian tenang dalam rahmat ALLAH.”

Itu doa pendakwah dan Penaung Sahabat Amal Care, Ustazah Asma’ Harun yang dititipkan buat ibu dan anak yang disyaki dikelar oleh suami.

Difahamkan dek desakan hidup, seorang lelaki bertindak di luar kewarasan apabila sanggup mengelar leher isterinya sendiri dan bayi yang baru dilahirkan di sebuah rumah di Bakar Batu, Johor, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12 tengah hari itu, mangsa Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayinya Hans Mohd Thakif Amir ditemui berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher di luar rumah teres didiami pasangan muda itu.

Pastinya membaca berita seperti ini membuatkan kita berasa kecewa dan sedih, apa lagi perasaan ahli keluarga yang berhadapan kejadian tersebut.

Perasaan yang sama juga turut dirasai Ustazah Asma yang tampil meluahkan rasa, mendokan dan berkongsi amalan yang boleh dilakukan jika berhadapan kesempitan hidup di laman Facebooknya.

“Mereka dikatakan pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dalam tempoh setahun sejak PKP tahun lepas.

“Mereka direzekikan seorang anak dan hidup bahagia, namun suaminya diuji dengan masalah pekerjaan sejak pandemik.

“Kita tak tahu hal sebenar yang mendorong suspek bertindak begitu, namun kita doakanlah buat mereka. Sungguh, kadang manusia hilang pertimbangan apabila diuji dalam kesempitan.

Artikel berkaitan : Kejam! Kelar isteri, bayi, larikan diri berbogel, berikut kronologi kejadian

"Tenanglah duhai ibu dan bayi," - Ustazah Asma' kongsi amalan bila diuji kesempitan

“Ada sebuah doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW supaya ALLAH SWT hilangkan segala kesedihan yang kita alami, bebanan hutang, rasa gelisah, dan lain-lain.

“Diceritakan oleh Abu Sa’id al-Khudiri R.A satu hari Baginda SAW berkata kepada Abu Umamah yang sedang dalam kesedihan, “Mahukah aku ajarkan doa yang apabila kamu ucapkan maka Allah SWT akan menghilangkan kegundahanmu dan melunaskan hutangmu?” Dia berkata, “Ya wahai Rasulullah”.

قَالَ قُلْ إِذَا أَصْبَحْتَ وَإِذَا أَمْسَيْتَ: {اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ} قَالَ فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَمِّي وَقَضَى عَنِّي دَيْنِي

“Maksudnya: Baginda bersabda, “Apabila kamu berada di pagi dan petang hari maka ucapkanlah, “Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, dan aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan daripada orang lain.”

Iklan

“Beliau (Abu Umamah R.A) berkata: “Maka aku pun melakukannya dan ternyata ALLAH SWT menghilangkan kegundahanku dan melunaskan hutangku.” (HR Abu Daud, hadis Hasan)

Baca juga Wanita alami Bell’s Palsy, lumpuh sebelah muka, tidur menghadap kipas jadi punca?

“Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Hajar Nursyahirin, khususnya buat ibu ayah atas kehilangan anak dan cucu.

“Terus kuat dan bersabar, semoga arwah ditempatkan bersama orang soleh lalu dihimpunkan di dalam Syurga tanpa hisab.

“Semoga kita semua dikurniakan Husnul Khatimah saat menghadapi kematian nanti,” doanya.

Iklan

Justeru, Ustazah Asma’ berkongsi doa yang boleh diamalkan agar diberi pengakhiran yang baik;

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة

Maksudnya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik dan jangan Engkau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.