Kematian demi kematian. Perkuburan Khas Covid-19, Kota Damansara cecah 98 sehari

Dalam 24 jam, 98 dikebumikan di Perkuburan Khas Covid-19 Kota Damansara
Dalam 24 jam, 98 dikebumikan di Perkuburan Khas Covid-19 Kota Damansara
A
A
A

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan angka kematian akibat Covid-19 tertinggi baharu tiga hari berturut-turut, dengan kes kematian semalam sebanyak 98 kes berbanding 61 kelmarin.

Kes baharu harian juga turut meningkat sepanjang minggu ini dan semalam mencapai paling tertinggi iaitu 9,020.

Peningkatan kes-kes secara mendadak telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menyatakan negara kita melalui detik hitam apabila negara mencatatkan kes kematian harian yang tertinggi sejak pandemik Covid-19 bermula.

Katanya perkembangan itu menyebabkan bilik simpanan mayat di hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM) kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung pertambahan mendadak jumlah jenazah.

Menurutnya, sebanyak 471 kematian berlaku pada tahun 2020 manakala 2,179 kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kata beliau menerusi perkongsian di Facebook semalam, dalam tempoh 1 hingga 29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1,144 kematian disebabkan Covid-19 telah direkodkan. Ia merupakan jumlah kes kematian bulanan yang paling tinggi setakat ini.

Kata Dr Noor Hisham lagi, perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus untuk jenazah pesakit atau bukan pesakit Covid-19 di lima hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh di Selangor, Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru dan Hospital Queen Elizabeth I di Sabah serta satu 'fleximort' khusus untuk jenazah pesakit Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Selangor.

Menurut beliau, setiap kontena khas itu boleh menampung kapasiti maksimum 20 jenazah manakala bagi "fleximort" sebanyak 12 jenazah.

Daripada apa yang telah dikongsikan, tenyata negara kita berada di tahap yang sangat genting.

Lebih menggerunkan lagi apabila seorang pengguna Twitter dikenali Hazwan Hafiz @hazwanhfiz tampil berkongsi semalam sejumlah 98 jenazah dikebumikan di Perkuburan Khas Covid-19 Kota Damansara.

"Dalam masa 24 jam ini, 98 keluarga sedang menangisi 98 jiwa yang telah pergi.

"Sepanjang bulan Mei 2021 sahaja sehingga ke hari ini (semalam), Malaysia merekodkan sebanyak 1,144 kematian.

"Salam takziah untuk keluarga terlibat," tulisnya.

Baca juga ‘Total lockdown’ bermula Selasa ini. Kesesakan jalan raya, ke mana anda? – Dr Noor Hisham

Justeru, orang ramai tolonglah melakukan kawalan pergerakan kendiri terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang kembali mengganas ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca