Kematian tragis Zaharif, diseret hampir 5 meter angkara sikap panas baran. Ini kronologi meruntun hati

IMG-20231218-WA0109
IMG-20231218-WA0109
A
A
A

Diseret hampir lima meter, tindakan ‘panas baran’ pegawai kanan polis berumur 44 tahun hingga meragut nyawa seorang pelajar tingkatan 5, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Lebih memilukan, bapa kepada pelajar 17 tahun itu, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55 beberapa kali rebah tidak mampu menahan kesedihan susulan kehilangan anaknya di depan mata.

Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari pada Jumaat lalu, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas suspek yang memandu Perodua Ativa dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha membuat bunyi bising ekzos.

Keadaan itu mengakibatkan pemandu tersebut mengejar mangsa sejauh hampir satu kilometer dan dipercayai melanggar dari arah belakang mengakibatkan dirinya jatuh dan terseret hampir lima meter.

Berikut adalah kronologi kemalangan yang menimpa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie.

1. Mayat pelajar itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat.

2. Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian ialah kecederaan di bahagian dada dan abdomen.

3. Pada Sabtu, pegawai kanan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah tersebut direman selama tiga hari bermula Sabtu sehingga Isnin.

4. Pada Ahad, polis menerima 12 laporan termasuk daripada orang awam berhubung kes berkenaan.

5. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihak polis akan mendapatkan bantuan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk mengesan kamera litar tertutup (CCTV) yang mungkin terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Baca juga: Apabila perikemanusiaan kian pupus, nyawa adik Zayn Zaharif diragut seolah tiada nilai

Baca juga: Pergi selamanya, penyanyi veteran Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia pada usia 85 tahun

Baca juga:Dua minggu tidak sedarkan diri selepas pembedahan, penyanyi Ibnor Riza meninggal dunia

6. Siasatan polis akan turut melibatkan rakaman video papan pemuka (dashcam) pemilik kenderaan serta CCTV premis berhampiran.

7. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan turut dijalankan secara menyeluruh termasuk jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

8. Sampel ujian air kencing suspek adalah negatif dadah.9. Pegawai kanan polis yang disyaki melanggar pelajar sekolah menengah hingga maut didakwa Mahkamah Majistret Ipoh, pagi Isnin.

10. Jabatan Peguam Negara menyatakan, suspek dituduh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati jika sabit kesalahan.

11. Keluarga Muhammad Zaharif melantik peguam bagi memastikan siasatan dan perbicaraan kes itu dijalankan secara telus.

12. Peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak berkata, pihaknya dilantik keluarga tersebut untuk melihat dua perkara iaitu memastikan siasatan yang dibuat telus serta memperhalusi tindakan sivil terhadap suspek serta pihak yang terlibat supaya diambil tindakan, termasuk kerajaan dan polis.

13. Pegawai polis terbabit didakwa secara tentatif di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh seorang pelajar berkenaan.

14. Mohd Nazri Abdul Razak didakwa membunuh Muhammad Zaharif di Jalan Taman Jati 1, dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Meru pada 15 Disember lalu.

15. Tiada pengakuan direkodkan di depan Majistret S Punitha kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

16. Nazri didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau dipenjara 30 hingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

17. Pertuduhan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi, Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaacob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, J Geetha dan Low Qin Hui, manakala tertuduh diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong.

18. Mahkamah menetapkan 7 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan kimia.

Semoga kes adik Muhammad Zaharif menjadi pengajaran kepada semua dan pada masa sama, kematiannya terbela.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca