MENJIJIKKAN! Satu hantaran tular di laman X mendakwa kicap jenama daripada seberang mengandungi bahan ‘tambahan’ yang meloyakan iaitu bangkai cicak.

Individu berkenaan turut memuatkan naik sekeping foto memaparkan enam ekor haiwan itu diseliputi kicap.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya lebih berwaspada dan memeriksa terlebih dahulu sebelum menggunakan ‘perasa’ itu dalam masakan serta makanan.

“Kepada peminat kicap, kalau boleh lepas beli tu tapis la dulu dan masukkan dalam botol lain.

“Kakak saya jumpa cicak dalam botol kicap dia. Kicap terkenal dari seberang sana,” ciapannya pada Jumaat.

Baca juga:10 cara berkesan halau cicak di rumah, wanita ini kongsi tip paling jimat dan selamat

Bagaimanapun, wanita itu tidak menyatakan jenama kicap tersebut.

Ia menjadikan teka-teki dan persoalan kepada netizen.

Namun, foto itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya, yang rata-ratanya terkejut dan geram dengan ‘kecuaian’ tersebut.

“Aku ni dah la penggemar kicap lepas tu cicak pula binatang paling aku geli aduh terbaik lah cicak celup kicap ni,” kata Dean.

“Serius la ni? aku dah la pakai kicap kat semua benda. Puasa kicap lah nampaknya,” kata Ahmad

“Alhamdulillah tak pernah beli kicap luar negara. Semestinya kicap Malaysia yang terbaik, kipas udang, jalen, mudim,” kata Kvi Hzumi.

Baca juga:Guna 3 bahan di dapur untuk halau cicak

Iklan

Ada juga berkongsi menerima nasib yang sama dan lebih teruk cicak tersebut sudah tinggal tulang.

“Ini kira okay. Mak cik pernah kena yang dah kering. Tinggal tulang saja,” kata Bunda Senah.

“Alahai kembang tekak, dah la baru lepas makan kicap,” kata Vinc.

Baca juga:Gunakan 3 bahan saja untuk atasi masalah najis cicak!

Iklan

Hingga kini hantaran berkenaan meraih lebih 4,000 ulang kicau dan 3,900 like.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!