LOTUS Biscoff, jenama biskut berona perang in sangat popular. Sehinggakan pelbagai jenis sajian pencuci mulut kini menggunakannya sebagai ramuan.

Ia adalah biskut rangup yang rasanya sangat sedap hingga membuatkan kita ketagih. Rasa gula perang dan karamel yang unik manis dan berlemak menjadikan ia disukai seluruh dunia.

Beberapa tahun kebelakangan ini biskut ini kembali popular menjadi ramuan lengkap pencuci mulut dengan wujudnya sapuan Lotus Biscoff.

 

Patutlah Lotus Iced Biscoff Latte, kopi dalgona trending PKP3.0. Cara buat mudah, confirm sedap

 

Baca juga: Patutlah Lotus Iced Biscoff Latte, kopi dalgona trending PKP3.0. Cara buat mudah, confirm sedap

Sapuannya ini banyak digunakan sebagai bahan di dalam pembuatan kek, ais krim, brownies, kek keju dan sebagainya. Tidak kurang juga yang menjadikan ia sebagai haisan atau topping pda bahagian atas sajian pemanis mulut.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang sejarah dan keunikan Lotus Biscoff ini. Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai jenama ini.

1)Biskut Lotus Biscoff ini telah lama wujud. Ia dicipta pada 1932 oleh tiga adik beradik iaitu Jan, Emiel and Henri Boone.

2)Pada tahun 1960an, biskut Lotus Biscoff menjadi trend di Belgium. Justeru hingga kini Biskut ini dibungkus dengan kemas dalam plastik dan dihidangkan bersama minuman kopi.

3)Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan syarikat pengeluar biskut jenama Lotus Biscoff, Lotus Bakeries adalah pemegang sijil halal dari Halal Food Council of Europe.

4)Mac lalu, gedung makanan Iceland memperkenalkan Kek Aiskrim Lotus Biscoff Vienetta yang popular dan menjadi rebutan ramai.

Kenapa Lotus Biscoff menjadi kegilaan ramai? Ketahui 10 fakta menarik mengenainya

5)Lotus Biscoff bekerjasama dengan syarikat makanan gergasi seperti coklat KitKat dan donat Krispy Kreme.

6)Biskutnya diperbuat daripada campuran kayu manis, pala, halia, rempah-rempah dan cengkih menjadikannya makanan yang sangat enak.

Iklan

7)Selain biskut biasanya, Lotus Biscoff turut menjual biskut sandwic dan aiskrim dan sapuan Lotus Biscoff Cookie Butter

8)Perkataan Speculoos pada pek Lotus Biscoff bermaksud biskut berempah dalam bahasa Belgium.

9)Sapuan Lotus Biscoff Cookie Butter mengandungi 57% biskut Lotus Biscoff.

10)Lotus Bakeries masih menggunakan resipi yang sama sejak 90 tahun yang lalu.

Baca juga: Kek Kayangan Lotus Biscoff Cheesecake tak perlu bakar dan loyang!

 

Iklan

Kenapa Lotus Biscoff menjadi kegilaan ramai? Ketahui 10 fakta menarik mengenainya

Lebih menarik lagi, ramai yang begitu obses sehingga mereka mencipta resepi Lotus Biscoff buatan sendiri. Dari Lotus Biscoff Latte hingga Kek Keju Lotus Biscoff. Malah ada yang melangsungkan perkahwinan bertemakan Biscoff!

Ini bermakna kegilaan terhadap Biscoff tidak pernah pudar dan sentiasa menjadi pilihan berzaman.

Melalui akaun rasmi Instagram Lotus Biscoff UK yang mempunyai lebih 65,000 pengikut. Terdapat pelbagai resepi, petua dan inspirasi yang boleh dihasilkan menggunakan Lotus Biscoff.