Patutlah Lotus Iced Biscoff Latte, kopi dalgona trending PKP3.0. Cara buat mudah, confirm sedap

A
A
A

 

SEMASA Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP1.0) pada 2020, kopi dalgona menjadi tular.

Resipi kopi yang diviralkan dari aplikasi TikTok sangat terkenal kerana menjadi satu trend ketika itu.

Buat pencinta kopi, kesedapannya memang tidak dinafikan. Kopi dalgona dibuat dengan cara mengadunkan kopi segera, gula dan air panas pada nisbah sama sehingga menjadi krim mengembang lalu ditambah pada susu sejuk atau panas.

Kini pada tahun 2021, Lotus Iced Biscoff Latte pula menjadi trend untuk PKP3.0.

Resipi dan cara membuatnya dikongsikan menerusi video oleh pengguna TikTok @7amcoffeeclub. Cara membuatnya sangat mudah. Setakat ini vdeo berkenaan menerima lebih 750,000 tontonan.

@7amcoffeeclubiced biscoff latte ??⚡️ #coffee#biscoff#lotus#latte#icedlatte#icedcoffee#homecafe#fyp#foryou#coffeetok#coffeetiktok♬ Just the Two of Us - Grover Washington, Jr.

Lotus Iced Biscoff Latte disediakan dengan menuangkan espresso panas ke atas satu sudu kecil sapuan Lotus Biscoff. Dengan hanya beberapa langkah mudah, ia sedia dinikmati.

Buat korang yang ingin cuba membuatnya, ikuti resipi ini:

Bahan-bahan

Sapuan Lotus Biscoff

Kopi espresso panas

Ais

Perisa vanila

Susu penuh krim

Cara penyediaan

1. Campurkan satu sudu sapuan Lotus Biscoff dengan kopi panas.

2. Letakkan satu sudu kecil perisa vanila ke dalam segelas ais dan tuangkan susu.

3. Tuangkan campuran Lotus Biscoff dan kopi ke dalam gelas yang berisi ais dan susu.

4. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati!

Resepi ini sangat ringkas dan cepat. Kalau korang nak tahu, Lotus Biscoff ini adalah sapuan yang sering digunakan sebagai alternatif untuk mentega kacang dan jem. Selain sapuan, terdapat juga biskut dan sirap Lotus Biscoff.

Baca juga: Kenapa Lotus Biscoff menjadi kegilaan ramai? Ketahui 10 fakta menarik mengenainya

Patutlah Lotus Iced Biscoff Latte, kopi dalgona trending PKP3.0. Cara buat mudah, confirm sedap

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberi komen yang memberi inspirasi seperti memberi tip untuk menjadikan Lotus Iced Biscoff Latte ini lebih lazat.

Sudah tahu resipinya, kini bolehlah korang mencuba Lotus Iced Biscoff Latte untuk mengelakkan rasa mengantuk di kala bekerja dari rumah.

Baca juga: Kek Kayangan Lotus Biscoff Cheesecake tak perlu bakar dan loyang!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca