Touch n Go, SmartTAG bakal mansuh. Ini cara mudah pasang, aktifkan RFID pada kenderaaan

Jangan cuba-cuba rentas! Polis semak kadar tol, kompaun menanti
Jangan cuba-cuba rentas! Polis semak kadar tol, kompaun menanti
A
A
A

BERMULA 15 Januari 2022, transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan

dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai,

Johor di Lebuhraya Utara-Selatan.

Ia sekali gus menjadikan dua kaedah pembayaran tol di laluan itu iaitu Touch n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Dengan pelaksanaan itu, seluruh jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia akan menyediakan lorong RFID bagi memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada PLUSpengguna lebuhraya.

Perkara tersebut diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam sebuah kenyataan media pada 16 Disember

baru-baru ini.

Menurut kenyataan tersebut, transaksi RFID adalah langkah mengurangkan kesesakan di plaza tol dan selaras

dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR.

Dengan RFID, pelanggan juga berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong tol dengan kelajuan 30km/j.

Ia juga boleh ditambah nilai melalui Touch n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.

Buat masa ini, kutipan tol menggunakan kad Touch n Go dan SmartTAG masih lagi disediakan, namun kedua-dua

kaedah ini akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang untuk lebih banyak lorong RFID di

lebuhraya.

Baca juga Renjatan elektrik kerap terjadi semasa banjir, lakukan 17 perkara ini

Cara mudah tebus kredit RM50 dengan Program e-Penjana terus ke dalam akaun e-wallet

Penggunaan tag ini tentunya akan memudahkan pemanduan, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di

bandar-bandar ibu kota.

Tahukah korang apa itu RFID dan apakah kelebihannya berbanding SmartTag atau Touch n Go?

TNG RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio untuk melalui tol.

Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan

tambang.

Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara

automatik.

Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta dan diimbas semasa melakukan transaksi.

Dengan RFID juga, korang tidak perlu lagi membeli dan menukar bateri SmartTAG!

Kelebihan Tag RFID Touch N Go

1. Boleh Top Up online

Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan.

2. Tak pakai bateri

Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.

3. Tak perlu berhenti dan imbas kad

Sistem ini boleh mengurangkan kesesakan kerana pelanggan juga berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar

tanpa henti di lorong tol dengan kelajuan 30km/j.

Harga dan cara pembelian;

Cara paling mudah untuk mendapatkan tag RFID ini adalah melalui laman web rasmi atau eWallet Touch n Go.

Sila ke pautan https://rfid.touchngo.com.my/buy-rfid-tag untuk membuat pembelian.

Buat masa ini, harga RFID yang dijual di laman web rasmi Touch n Go adalah RM35.

Korang juga boleh mendapatkannya melalui aplikasi Touch n Go eWallet atau boleh mendapatkan tag ini secara

manual di mana-mana kaunter berikut https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres

Cara mudah tebus kredit RM50 dengan Program e-Penjana terus ke dalam akaun e-wallet

Cara daftar online dan pengaktifan tag;

​Tag boleh didapati di Touch ‘n Go eWallet, Portal Touch n Go, Lazada, Shopee atau Pusat Pemasangan berhampiran.

Untuk mengaktifkannya, korang hanya perlu mengikuti langkah mudah berikut;

1. Klik pada ikon RFID pada aplikasi Touch n Go eWallet

2. Klik pada butang ‘Activate’

3. Isikan dan semak butiran akaun anda

4. Daftarkan kenderaan

5. Masukkan nombor tag 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian

6. Buat pengesahan dan verifikasi

7. Bagi membolehkan pelanggan menggunakan sistem ini untuk transaksi tol, PLUS juga menyediakan perkhidmatan pemasangan tag di pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara.

Artikel berkaitan: Lebih 20 tahun mudahkan pembayaran tol, kad Touch ’n Go, SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat

Cara pemasangan Tag RFID;

1. Setelah mengaktifkan, korang boleh terus membuat pemasangan tag tersebut pada kenderaan.

Langkah pemasangan tag pada kenderaan adalah seperti berikut:

  • Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu.
  • Buka pelekat dan tampalkan.
  • Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet.
  • Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan.
  • Tag akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam.

Cara tambah nilai (Top-Up);

Dah selesai pasangkan di kenderaan, bolehlah menggunakannya di tol-tol seluruh Malaysia.

Usah risau! Tambah nilai pula boleh dibuat online sahaja melalui aplikasi eWallet TNG.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca