SEDIH berbaur marah, warga maya yang mengikuti kes pembunuhan ibu tunggal, Mira Sharmila, 32, atau Bella meluahkan simpati kepada keluarganya.

Klip video yang memaparkan kakaknya, Norhisham Shamsusah, 36, tidak dapat mengawal emosi sebaik suspek utama dibawa keluar dari mahkamah Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini cukup mengharukan.

“Anak pembunuh yang kau back up lagi, aku seperti orang gila mencari,” tutur Norhisham dalam sebak mengenang pencarian adik bongsun selama 38 hari.

Suspek, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang memakai baju Melayu hijau diiringi dengan kawalan ketat anggota polis sebelum dibawa menaiki kenderaan polis.

Baca juga: ‘Aku akan tuntut keadilan pemergianmu…’ Ujian DNA sahkan rangka milik Bella, kakak akui ujian berat keluarga, takkan berdiam diri

Baca juga: 38 hari gagal dikesan, rangka ditemui bersama pakaian dipercayai milik Mila Sharmila, berikut kronologi kehilangannya

Situasi itu menyebabkan pasukan polis yang mengiringi tertuduh meleraikan keadaan dengan menghalang sebahagian waris yang cuba mendekati kenderaan polis dinaiki tertuduh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil siasatan mendapati punca kematian Bella disebabkan keretakan di kepala akibat objek tumpul.

Manakala motif pembunuhan pula cemburu dan sakit hati.

Sementara itu, Norhisham mendedahkan anak sulung Bella menberitahu bahawa ibunya sering dimarah dan dipukul teman lelaki.

Anak sulung Bella bernama Eusuf, 5, mengadu ibunya sering dipukul suspek yang dipanggil ‘uncle’ semasa mereka keluar bersama-sama.

Lebih menyayat hati, wanita itu mendedahkan Eusuf bertanya sama ada perkara sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

“(Eusuf tanya saya) Umi dah cakap dengan polis ke belum ‘uncle’ pukul ‘mummy’? Dulu ‘uncle’ selalu pukul-pukul ‘mummy’.

“(Teman lelaki Bella) kenal mereka (anak-anak Bella) kerana selalu keluar bersama dan (Eusuf) marah serta minta tolong (suspek) jangan pukul ‘mummy’… (Itu yang) dia (Eusuf) cerita dekat kami,” kata Norhisham.

Baca juga: Bunuh ketua jururawat, warga Nigeria terlepas tali gantung, berikut kronologi kes menyayat hati

Baca juga: Jahidah Nordin dipukul ketika hamil hingga koma, bekas suami diperintah bela diri, 5 info terkini

Lebih sayu lagi, menurutnya kedua-dua anak Bella kini seolah masih buntu dengan ketiadaan ibu mereka.

Warga maya mendoakan agar keluarga Bella terus kuat menempuhi dugaan ini:

– “Sedihnya, kakaknya menjerit buat kita sebak, harap siasatan dilakukan dengan baik.”

Iklan

– “ALLAH sentiasa ada orang yang benar. Salam takziah buat keluarga.”

– “Kita tidak tahu perasaan, kita orang luar hanya mampu cakap bertenang.”

– “Moga ALLAH permudahkan urusan keluarga ini, moga terus tabah.”

Bella hilang selepas keluar dari rumah menaiki kereta bersama teman lelakinya pada jam 11.50 malam untuk mencuci pakaian di kedai dobi berdekatan berdekatan rumahnya di Taman Soga, Simpang Rantai, Batu Pahat, Johor pada 14 Disember lalu.

Kehilangan Bella hanya disedari pada keesokan hari selepas mesej dan panggilan telefon kakaknya tidak dijawab.

Iklan

Selepas 38 hari gagal dikesan penemuan rangka di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat merungkai segalanya.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mengesahkan rangka yang ditemui miliknya.

Sumber: Sinar Harian (Wartawan NOR AZURA MD AMIN), Instagram Sinar Harian, Sinar Harian (Wartawan ZULHISHAM ISAHAK)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!