Kes langgar mati 8 remaja basikal lajak, wanita dipenjara 6 tahun. 11 fakta berkaitan

A
A
A

PERNAH menggemparkan negara pada lima tahun yang lalu seorang wanita dipercayai merempuh sekumpulan remaja berbasikal di Johor.

Pemandu wanita yang berkerja sebagai kerani itu sebelum ini dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Namun hari ini Sam Ke Ting, 27, dijatuhi hukuman penjara enam tahun.

Menurut laporan portal tempatan, berikut 11 fakta berkaitan;

1. Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kepada Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

2. Ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada tuduhan berkenaan.

3. Ke Ting turut diperintah menjalani hukuman enam bulan penjara jika tidak membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Baca juga Wanita maut terjatuh, tergelincir ketika rakam foto, ini kronologi kejadian

Kes langgar mati 8 remaja basikal lajak, wanita dipenjara 6 tahun. 11 fakta berkaitan

4. Sebelum itu Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika membaca keputusannya itu berkata pelbagai faktor diambil kira termasuk kepentingan awam serta hujahan pihak berkaitan dalam rayuan tersebut.

5. Katanya, perbuatan responden yang memandu cara melulu atau berbahaya telah menyebabkan kehilangan lapan nyawa. Kesalahan yang dilakukan responden adalah kesalahan berat.

6. Menurut beliau, mahkamah turut menimbangkan kesalahan yang dilakukan responden adalah kes yang tinggi di Johor dengan statistik menunjukkan kes kemalangan maut antara 2011 hingga 2021 berjumlah 10,297 kematian.

7. Prosiding rayuan itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala Ke Ting diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar.

Baca juga Kerana ingin jelita, ajakan rakan suntik vitamin C pemutih jadi punca kanser

8. Responden turut gagal menangguhkan hukuman penjaranya, apabila Hakim memerintahkan dia dipenjara mulai Rabu selagi tiada kebenaran Mahkamah Tinggi untuk rayuan penangguhan dibuat.

9. Pada 10 Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru mengekalkan keputusan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan yang berlaku pada 18 Februari 2017.

10. Berdasarkan kertas pertuduhan, Ke Ting yang ketika kejadian berusia 22 tahun didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada pukul 3.20 pagi.

11. Kelapan-lapan mangsa terlibat ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 (ketika kejadian); Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca