Kes remaja, wanita dan kanak-kanak hilang sering berlaku, ini prosedur melaporkan

KES remaja, wanita dan kanak-kanak hilang antara yang sering berlaku. Menggunakan laman sosial sebagai medium pencarian mungkin memudahkan, tetapi ia juga boleh mengundang bahaya. Ketahui prosedurnya yang sebenar.

Panik dan takut tentu dirasai, apatah lagi apabila orang yang tersayang secara tiba-tiba tidak dapat dikesan atau ditemui.

Ramai yang membuat hebahan menerusi laman sosial sebagai usaha mencari ahli keluarga yang hilang.

Apa juga usaha yang dilakukan, ia perlu dilaksana dengan berhati-hati bagi menjaga keselamatan kanak-kanak dan keluarga.

Baca juga: Di mana Zalina Azman? 6 info menarik bekas pembaca berita wanita yang hilang

Baca juga: Purata 4 kanak-kanak hilang setiap hari, jangan dedah identiti anak di media sosial

Berikut 10 info penting berkaitan prosedur dan cara betul membuat laporan orang hilang;

1-Hebahan kehilangan ahli keluarga perlu menggunakan platform yang betul.

2-Misalnya bagi kes kanak-kanak hilang, ahli keluarga terlebih dahulu perlu membuat laporan polis dan menyerahkan tindakan hebahan dibuat oleh pihak polis melalui sistem hebahan yang mempunyai prosedur operasi standard (SOP) khusus untuk memastikan maklumat kanak-kanak disebar luas dengan mekanisme betul.

Iklan
Iklan

3-Hebahan kanak-kanak hilang perlu mengikut SOP yang digariskan polis bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dan ahli keluarga tidak terancam dan disalahgunakan.

4-Hebahan hanya akan dibuat dengan kebenaran bertulis ibu bapa setelah siasatan polis mendapati tiada melibatkan unsur tebusan dan ancaman.

Baca juga: Takut kena marah sebab selipar hilang, kanak-kanak dakwa diculik lelaki bertopeng ninja

Baca juga: Kanak-kanak empat tahun hilang lebih 48 jam dalam hutan, ditemui hampir beku kesejukan

5-Hebahan juga hanya memaparkan butir yang terhad seperti gambar kanak-kanak yang hilang, nama, nombor laporan selain nama dan nombor telefon pegawai penyiasat.

6-Bagi kes kanak-kanak hilang, polis dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat membangunkan sistem amaran awal kanak-kanak hilang yang dikenali sebagai “National Urgent Response Alert” (NUR Alert ) bagi membuat hebahan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang dilaporkan hilang.

7-Hebahan melalui NUR Alert hanya akan dibuat oleh pasukan petugas yang diluluskan oleh polis seperti pihak Facebook, bank, syarikat telekomunikasi yang sehingga kini berjumlah 41 ahli petugas daripada pelbagai agensi.

Baca juga: Undang padah! Sudah culik kanak-kanak, samun pula. Lelaki berjaya ditahan

Zalina Azman masih ada dalam negara

Bekas pembaca berita, Zalina Azman menjadi perhatian ramai.

Didakwa ditemui dalam keadaan cemas dan ketakutan, wanita itu malah dikatakan masih berada di dalam negara.

Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman menjadi perhatian ramai selepas dilaporkan hilang sejak November tahun lepas.

Pencarian wanita berusia 58 tahun itu menemui jalan buntu apabila pemeriksaan di rumah Zalina yang dipercayai tinggal seorang diri mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun.

Malah barangan peribadi seperti beg duit, kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, wang tunai RM600 dan kunci kereta turut ditemui di dalam rumah berkenaan.

Dalam perkembangan terbaru, Bernama

melaporkan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Imigresen, Zalina dipercayai masih berada dalam negara.

Baca juga: Wanita terkejut, bakal menantu rupa-rupanya anak yang hilang 20 tahun lalu

Zalina bergandingan bersama Puan Sri Datin Seri Normala Samsudin menyampaikan Buletin Utama

Mohd Iqbal berkata setakat ini pihaknya turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh orang awam selepas hebahan berhubung kehilangan Zalina dilakukan polis.

Pagi tadi sebuah portal hiburan tempatan melaporkan terdapat individu yang mendakwa melihat seorang wanita seperti Zalina Shaharah pada Ahad lepas menerusi Twitter miliknya, Mosyuki Borhan.

Wanita yang didakwa mirip Zalina Shaharah itu muncul di kafe miliknya di Seksyen 9, dekat sini kira-kira pukul 1.00 tengah hari dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan.

Justeru, polis membuat hebahan kepada orang awam untuk membantu siasatan dengan ciri-ciri mangsa adalah berketinggian 158 sentimeter, berat 60 kilogram, berkulit hitam manis dan berbadan kurus.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622 jika mempunyai maklumat.

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

3 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

7 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

8 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

8 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

11 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

13 hours ago