SERAH segalanya kepada ALLAH SWT, selebriti terkenal Mizz Nina membuat perkongsian panjang lebar di laman sosial miliknya.

“Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah.

“Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita. Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif.

“Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan.”

Demikian perkongsian aktivis kemanusiaan itu di laman Instagram miliknya.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Tan Sri Azman berkata, hanya ALLAH SWT yang mengetahui apa yang terbaik.

“Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang.

Baca juga ‘Ini bekalan akhirat saya dan suami.’ Siti Nurhaliza bina sekolah Afwa dan Aafiyah untuk anak-anak Gaza

Mizz Nina lancarkan aplikasi Islamik, Qalby App terima pujian ramai

“Membuat kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan.

“Sesungguhnya, hanya ALLAH SWT yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi, terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah disebaliknya atau tidak.

“Satu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan ALLAH buat anda.

Iklan

“Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa ALLAH SWT lebih mengetahui,” ujar Nina yang mengulang siar kata-kata hikmah daripada Qalby App.

Menjengah ruangan komen, posting berkenaan dipenuhi dengan ucapan mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina.

Ujar mereka;

“Alhamdulillah.. May Allah SWT guide us all, all the way to His Jannah.. Aamiin Ya Rabb”

Iklan

“Semoga dipermudahkan segala urusan. In Shaa Allah.”

“May Allah ease everything for u dear.. take care. Hasbunallah wani’mal wakeel.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.