'Kes tutup' - Akui keterlaluan isu video tular VIP solat Jumaat, Imam Masjid Putra mohon maaf

18
18
A
A
A

BUANG yang keruh, ambil yang jernih.

Kontroversi berhubung video tular solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya akhirnya terlerai apabila Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf.

Ikmal berkongsi rakaman permohonan maaf secara terbuka itu menerusi laman Facebook Masjid Putra Putrajaya

Dalam video berdurasi 1 minit 57 saat itu, beliau memohon maaf berhubung penjelasannya yang dilihat agak keterlaluan berhubung video tular itu.

“Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan membaiki keadaan terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Putra.

“Saya juga mengajak semua khasnya jemaah Masjid Putra untuk teruskan aktiviti pengimarahan sama ada solat Jumaat atau solat fardu dan program yang akan dianjurkan kelak,” katanya.

Terdahulu, Ikmal memuat naik video bagi memberi penjelasan sebenar tentang isu tular pada Ahad lalu iaitu berkaitan kuota 300 jemeaah untuk kehadiran berjemaah untuk solat Jumaat berdasarkan first come first serve.

Beliau ketika itu turut menerangkan tentang wujudnya kuota jemaah kenamaan (VIP) daripada pegawai kerajaan berpangkat pengarah ke atas sebanyak 10 peratus.

Dalam perkongsiannya ketika itu, beliau menyatakan tidak reda dengan penyebaran video berkenaan dan menggesa individu yang menularkan video itu tampil memohon maaf kepada pihak penguruasan masjid.

Baca juga Isu Solat Jumaat: Memang Ada Kuota 10 Peratus Jemaah VIP, Ini Penjelasan Imam Masjid Putra

Sebelum itu, pihak pengurusan Masjid Putra menerusi kenyataan akhbar memohon maaf kepada semua pihak sekiranya wujud kekeliruan susulan penyebaran video tular itu.

Diharapkan korang semua mengetahui SOP yang digunakan di masjid yang hendak dikunjungi.

SOP SOLAT BERJEMAAH DI MASJID NEGERI SELANGOR

Di Selangor, seramai 100 jemaah dibenarkan hadir ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Malah, bagi solat fardu lima waktu, seramai 50 jemaah dibenarkan hadir ke masjid dan surau pada satu-satu masa dan semua jumlah kehadiran itu adalah termasuk pegawai pentadbir serta ahli jawatan kuasa.

Bagaimanapun, bagi surau yang dibenar menunaikan solat Jumaat dihadkan kepada 50 orang jemaah sahaja.

Sumber: Facebook Masjid Putra

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca