Kes Zayn Rayyan kembali menjadi bualan, ibu bapa ditahan polis

'Dia 'pergi' dengan baju kesukaannya.' Terima kunjungan Ebit Lew, Ibu Zayn Rayyan mahu pembunuh ditemui & dihukum (5)
'Dia 'pergi' dengan baju kesukaannya.' Terima kunjungan Ebit Lew, Ibu Zayn Rayyan mahu pembunuh ditemui & dihukum (5)
A
A
A

(DIKEMAS KINI) KES pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, tragis dan menyayat hati.

Lima bulan berlalu, penyiasatan kes berkenaan terus berjalan. Dalam perkembangan terbaru, ibu bapa anak istimewa itu khabarnya telah diberkas pihak berkuasa pada Jumaat.

Berikut info berkaitan perkembangan terbaru kes berkenaan:

1-Ibu bapa Zayn Rayyan difahamkan ditahan di sekitar Puncak Alam, pada Jumaat.

2-Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

3- Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussen Omar Khan mengesahkan berkaitan penahanan tersebut.

4-Jelasnya, pasangan suami isteri itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman, pada Sabtu.

4- Polis Kontinjen Selangor dalam kenyataam mengesahkan pada 31 Mei 2024, lebih kurang jam 10.05 pagi, Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah membuat tangkapan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan.

5-Kedua-duanya direman hari ini di Mahkamah Petaling Jaya dan dibenarkan tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 7 Jun 2024 bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut

Baca juga: 'Mommy bangga abang.' Zayn Rayyan terima anugerah peningkatan terbaik dalam kelas, ibu edit gambar graduasi undang sebak!

Baca juga: 'Dia pergi dengan baju kesukaannya.' Terima kunjungan Ebit Lew, Ibu Zayn Rayyan mahu pembunuh ditemui & dihukum

Baca juga: 'Zayn Rayyan anak kandung kami, saya tak pernah kahwin lain.' Ibu minta hentikan sebar perkara tidak betul

Baca juga: Voice note ibu Zayn Rayyan tular, kongsi momen terakhir sebelum hilang. '10 minit bermain enggan pulang, pusing belakang dia tak ada...'

Pada 6 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayatnya ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari selepas dilaporkan hilang pada tengah hari 5 Disember di kawasan kediamannya sejurus dijemput pulang dari sekolah.

Pencarian selama lebih 24 jam menemukan si kecil itu terbaring tidak bernyawa berhampiran sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediaman.

Polis ketika itu mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang