KANAK-kanak autisme yang menjadi mangsa pembunuhan, Zayn Rayyan Abdul Matiin bin Zaim Ikhwan, 6, menjadi perhatian rakyat Malaysia. Kematian tragis belum terungkai, ada pula pihak membuat cerita tidak benar berkaitan salasilah anak kecil itu.

Ibunya, Ismanira Abdul Manaf, 28, menerusi Facebook Story berkongsi agar masyarakat tidak menyebarkan berita tidak betul mengenai arwah anaknya yang dikatakan mempunyai bapa tiri.

“Zayn Rayyan anak kandung kami berdua, saya tidak pernah kahwin lain.

“Minta semua stop sebarkan perkara tidak betul,” kongsinya.

Terdahulu bapa, Zaim Ikhwan Zahari, 28, tampil memberi penjelasan agar perkara berkenaan tidak berlarutan.

Lapor Mstar, Zaim menegaskan anak sulungnya itu anak kandung hasil perkongsian hidup bersama Ismanira.

“Arwah memang anak kandung saya. Dia tiada bapa tiri.

“Zayn Rayyan memang anak saya,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial bahawa Zaim bukan bapa kandung berdasarkan nama penuh kanak-kanak berkenaan.

Bapa muda itu tidak berharap perkara itu tidak menjadi isu kerana dia dan isteri serta ahli keluarga yang lain masih bersedih kehilangan Zayn Rayyan.

Baca juga: Hilang lebih 24 jam, anak autisme Zayn Rayyan ditemui tak bernyawa, bapa pengsan terima hakikat, ini kronologi menyentuh hati

Baca juga: ‘Siapa tak sayang anak! Berhenti salahkan ibu bapa Zayn Rayyan, yang ada anak syurga akan memahami’ – Super Daddy

Baca juga: ‘Dia tak pernah kacau orang.’. Pengasuh pilu Zayn Rayyan sudah tiada, berikut kronologi 32 jam meruntun hati

Sebelum ini, pihak keluarga menerusi satu hantaran TikTok menafikan dakwaan arwah mempunyai bapa tiri.

Kata Ziyad Anas Zahari, Zayn lahir sembilan bulan selepas ibu dan bapanya berkahwin.

Gambar fail

Baca juga: Voice note ibu Zayn Rayyan tular, kongsi momen terakhir sebelum hilang. ’10 minit bermain enggan pulang, pusing belakang dia tak ada’

Baca juga: Mayat Zayn Rayyan diletak ketika hujan lebat, disyaki hanya seorang pelaku, petunjuk suspek semakin jelas

Baca juga: ‘Happy sangat abang waktu ni’ibu kongsi detik terakhir keluar bersama Zayn Rayyan sehari sebelum hilang runtun hati ramai

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan beberapa barangan dan objek yang boleh dijadikan petunjuk baharu. Berikut perkembangan terkini kes berkenaan:

Iklan

1-Selepas pemeriksaan pasukan forensik PDRM selama kira-kira dua jam di setiap rumah di Blok R yang juga blok kediaman keluarga Zayn Rayyan. Anggota dilihat membawa keluar dua buah kotak berisi bahan bukti pada Selasa.

2-Polis pada Rabu meneruskan pencarian bukti dan petunjuk baharu dengan memfokuskan siasatan di blok berkenaan.

3-Selepas usaha menyedut keluar air di takungan berhampiran lokasi penemuan mayat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, sehelai stoking ditemukan.

Gambar fail

4-Polis sedang melakukan ujian pengesahan lanjut sama ada ia kepunyaan Zayn Rayyan atau bukan.

5-Dalam perkembangan terbaru, hasil mass screening, polis telah berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa di tingkat dua dan tiga di Blok R pada petang si kecil itu didapati hilang.

Terdahulu, Zayn Rayyan dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan apartmen.

Kehilangannya selama 32 jam berakhir pilu. Anak istimewa itu kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediaman.

Iklan

Polis mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat dibunuh susulan pergelutan dengan pembunuhnya. Hasil siasatan forensik juga mendapati Zayn telah meninggal dunia di tempat lain 48 jam sebelum ditemui di lokasi tersebut.

SinarPlus mendoakan agar kes ini dapat dirungkai secepat mungkin agar pemergian anak syurga ini terbela.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!