Khas untuk anak OKU, permohonan bantuan ANIS maksimum RM5,000 kini dibuka

A
A
A

BAGI yang mempunyai cahaya mata istimewa, sudah pasti banyak wang perlu dibelanjakan untuk membeli keperluan.

Tidak hanya keperluan, yuran untuk terapi dan pusat intervensi bagi anak-anak kurang upaya (OKU) juga perlu dilunasi.

Bagi yang tinggal di negeri Selangor, usah lepaskan peluang mendapatkan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) di bawah Yayasan Warisan Selangor (YAWAS).

Apakah syarat kelayakan dan prosedur permohonan? Bagi yang ingin mencuba, SinarPlus menyediakan info berkaitan bantuan terbabit.

Baca juga: Hebat! Kanak-kanak istimewa ini miliki IQ lebih tinggi daripada Albert Einstein

1.Memetik laman anisselangor.com, pemberian bantuan tersebut adalah secara one-off dengan had maksimum sehingga RM5,000 bagi satu keluarga.

2.Ia terbuka kepada anak istimewa yang berumur 18 tahun ke bawah.

3.Objektif utamanya ialah Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohom

4.Ia juga bermatlamat membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga yang ingin membeli peralatan khas atau mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.

5.Jenis bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk seperti berikut;

-Makanan / keperluan tambahan

-Pembelian / pembaikan peralatan mesin

-Ubat-ubatan

-Subsidi yuran (kelas terapi khas untuk anak istimewa)

6.Permohonan bantuan tersebut dibuka mulai 17 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022.

7.Boleh melayari laman web www.anisselangor.com/bantuananis atau menghubungi 03-55453170 atau 03-54818800 untuk keterangan lanjut.

8.Pemohon juga boleh muat turun borang PDF di laman web, mengisi borang secara manual dan hantar beserta dokumen yang diperlukan ke Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

SOALAN LAZIM BERKAITAN ANIS

Soalan: Saya mempunyai dua orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak?

Jawapan: Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk satu keluarga adalah sehingga RM5,000.00 sahaja setahun.

Soalan: Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bolehkah saya memohon?

Jawapan: Boleh. Lampirkan bersama salinan surat pengesahan doktor yang menyatakan anak puan mempunyai simtom tersebut sewaktu permohonan dibuat.

Soalan: Anak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?

Jawapan: Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka untuk anak di bawah usia 18 tahun sahaja.

Soalan: Di manakah saya boleh memohon bantuan ini?

Jawapan: Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di www.anis.yawas.my. Diingatkan, selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan. Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses.

Soalan: Anak OKU saya memerlukan bantuan peralatan sokongan seperti yang disarankan oleh doktor, bolehkan saya beli di luar dan lampirkan resit untuk menampung kos bayaran tersebut?

Jawapan: Tidak boleh. Pembelian peralatan hanya boleh dibuat melalui panel lantikan di bawah YAWAS sahaja. Barang akan terus dihantar kepada penerima setelah proses kelayakan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai.

Soalan: Rumah saya jauh daripada Shah Alam. Dimanakah pejabat terdekat boleh saya hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan?

Jawapan: Permohonan boleh dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berhampiran dengan rumah tuan/puan atau boleh diemelkan ke daftaranis@gmail.com.

 

Soalan: Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk anak OKU?

Jawapan: Tidak boleh. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.

Soalan: Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?

Jawapan: Tidak boleh. Pemohon hendaklah sedang menetap di Selangor sahaja.

Soalan: Saya lahir di Perak, isteri lahir di Selangor, anak saya OKU dan kami sedang menetap di Selangor. Layakkah kami memohon bantuan ini untuk anak saya?

Jawapan: Boleh.

Soalan: Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor, anak OKU berumur 9 tahun, dan kami sedang menetap di Selangor sudah lebih 10 tahun. Bolehkah saya memohon?

Jawapan: Boleh, namun pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin di ruangan pada borang permohonan. Sila rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan.

Soalan: Anak saya OKU dan memerlukan bantuan makanan khusus seperti yang disarankan oleh doktor dan juga sesi terapi khas di pusat terapi tertentu. Bolehkah saya memohon untuk 2 jenis bantuan tersebut?

Jawapan: Boleh. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan dan lampirkan bersama sewaktu permohonan dibuat kelak. Adalah diingatkan jumlah maksima bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja. YAWAS tidak bertanggungjawab membayar lebihan kos sekiranya ia melebihi jumlah yang ditetapkan.

Soalan: Adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap

Jawapan: TIDAK. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang mencukupi akan ditolak.

Baca juga: Kalau rasa 'down' nak besarkan anak, cuba baca kisah anak istimewa ni dulu

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca