Khidmat cemerlang di tanah runtuh Batang Kali, 2 hero Denti & Frankie sertai SAR di Turkiye, ramai yang caring

SELEPAS 55 hari berkhidmat dengan cemerlang dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor, dua hero diterbangkan pula ke Turkiye.

Masih ingat Denti dan Frankie the Heroes? Ya pasti ramai yang mengenalinya.

Dua ekor anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia iaitu Denti dan Frankie telah berlepas ke Istanbul malam tadi.

Ia diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki penerbangan Turkish Airlines bagi misi SAR mangsa gempa bumi di selatan Turkiye.

Menurut laporan media tempatan, turut diterbangkan bersama mereka adalah bola tenis iaitu ‘reward’ (ganjaran) kepada hero berkaki empat itu, yang diberi jika usaha mereka berhasil di lokasi SAR, kata pengendali Denti (baka Labrador), Tony Albert Mani, 29.

Menurut Tony, sebaik bencana gempa bumi dilaporkan di selatan Turki serta kawasan utara Syria pada awal Isnin lalu, unit K9 mula dipersiapkan dengan menjalani latihan yang lebih ketat.

Selain Denti dan Frankie, Malaysia pada Rabu turut menghantar 20 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), 30 anggota JPBM dan 20 pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Baca juga Doa warganet iringi wira negara, SMART Malaysia tiba di Turkiye, bantu cari dan menyelamat mangsa gempa

Foto Bernama

Dalam pada itu, orang ramai berharap dengan bantuan Denti dan Frankie di sana dapat melancarkan lagi operasi SAR tersebut.

Rata-rata warga maya mendoakan kesihatan Denti dan Frankie dan berharap ia dapat bekerja dengan sebaiknya.

Ujar mereka;

“Jaga diri Denti n Frankie. Semoga berjaya mengesan mangsa runtuhan.. .selamat berjuang abang-abang Bomba dan SMART.”

Iklan

“Comei… semoga berkhidmat ngan cemerlang dapat menyelamatkn sebaik mungkin dan seterusnya menaikkan nama Malaysia.”

Baca juga Kasih ayah ke hujung nyawa, pegang tangan anak gadis tidak bernyawa, bapa Turkiye ini meruntun hati

“Alololo make sure they have enough rest, don’t push them too hard, bye bye Denti & Frenkie. See u back.”

“I’m sure both doggies will do their best to find survivors and victims. God speed!”

Iklan

“Stay safe, semoga selamat pergi dan pulang hero-hero negara.”

“Turki masih dalam keadaan cuaca dingin. Harap pastikan Denti dan Frankie pakai baju/warmer please.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.