Kasih ayah ke hujung nyawa, pegang tangan anak gadis tidak bernyawa, bapa Turkiye ini meruntun hati

A
A
A

KASIH ayah setia memegang tangan anak gadis yang meninggal dunia terperangkap di bawah kepingan konkrit ini tular di laman sosial.

Gempa bumi di Turkiye bermagnitud 7.8 mengakibatkan kemusnahan dahsyat.

Semalam bayi dilahirkan di bawah runtuhan bangunan dan kanak-kanak dua beradik meruntun hati ramai, foto ikonik bapa menggenggam tangan anak perempuannya yang telah maut di Kahramanmaras ini menjadi perhatian dunia.

Mesut Hancer, memakai kot oren terang dengan jalur pemantul, duduk di atas timbunan serpihan bangunan dua tingkat sambil memegang tangan anak perempuannya yang tidak lagi bernyawa.

Baca juga: Doa warganet iringi wira negara, SMART Malaysia tiba di Turkiye, bantu cari dan menyelamat mangsa gempa

Baca juga: Tenangkan adik tersepit bawah runtuhan gempa bumi, kakak sanggup jadi hamba, ini kronologi sebenar

Tangan Irmak, 15 , menjulur keluar dari bawah ketulan besar konkrit yang telah tumbang di atas katil dipegang bapanya berada di sisi.

Tidak hanya itu, biarpun anaknya sudah tiada, Mesut dan seorang wanita telah menyelimuti jasad gadis itu untuk melindungi daripada hujan dan kesejukan.

Sememangnya anak ayah, tular di Twitter wajah irmak semasa hayatnya yang ceria di samping bapa tersayang. Ternyata kasih sayang dua beranak ini hingga ke hujung nyawa.

Baca juga: Gempa bumi Turkiye, Syria 7.8 magnitud setara kekuatan 32 bom atom, doktor Malaysia kongsi pengalaman

Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) terdahulu memaklumkan kemungkinan ribuan kanak-kanak menjadi mangsa.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula berkata angka kematian akibat gempa bumi awal dan gegaran susulan di Turki dan Syria boleh mencecah 20,000.

Pasukan penyelamat dan orang awam yang bekerja dalam suhu sejuk kadang kala hanya dengan tangan kosong mengorek sisa-sisa bangunan untuk mencari mangsa terselamat yang terperangkap dan mayat orang tersayang.

Gempa kali ini adalah gempa bumi paling dahsyat di dunia sejak 2015. Terdahulu gempa bumi terburuk direkodkan di Nepal bermagnitud 7.8 mengakibatkan 8,800 orang terbunuh.

Baca juga: Sedihnya! Bayi baru lahir masih bertali pusat diselamatkan, seluruh keluarga maut dalam gempa bumi Turkiye

Sumber: People, New York Post, Twitter

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang