BERITA baik buat warga Lembah Klang! Perkhidmatan suntikan vaksin Covid-19 secara walk-in kini dihadkan kepada lima Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih bermula 16 hingga 30 September ini.

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar Lembah Klang juga boleh mendapatkan suntikan vaksin di PPV tersebut.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan berkata, langkah itu berikutan jumlah kehadiran yang rendah untuk mendapatkan suntikan vaksinasi secara walk-in di PPV sekitar Lembah Klang dan pendekatan quick-win yang diambil bagi mengoptimumkan sumber.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Lima PPV berkenaan ialah;

1. Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Bangi

2. Multimedia University (MMU), Cyberjaya

3. Axiata Arena, Bukit Jalil

4. Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL British BMI), Gombak

5. Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam – HCO B.

Menurut kenyataan itu, had kepada hanya lima jumlah PPV ini adalah selari dengan strategi CITF untuk mengoptimumkan sumber bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Katanya, walau bagaimanapun, walk-in di negeri-negeri lain akan diteruskan dan orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masing-masing untuk maklumat terkini berhubung inisiatif walk-in di negeri masing-masing.

Selain itu, katanya CITF akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi penglibatan ProtectHealth Corp Sdn Bhd untuk inisiatif walk-in ini.

Iklan

Setakat Rabu, 13 PPV masih beroperasi di Lembah Klang dan sebanyak 38 PPV bukan kesihatan telah ditutup sehingga 14 September 2021 di Lembah Klang.

Penutupan PPV ini dibuat setelah CITF meneliti data kadar penduduk Lembah Klang yang masih belum divaksinasi dan kadar kehadiran yang rendah di PPV.

Baca juga 7 fakta vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun, ibu bapa digalak daftar anak sebagai tanggungan

Sementara itu, khas untuk individu yang telah menerima dos pertama di PPV yang telah ditutup di Hulu Selangor dan Kuala Selangor, mereka boleh mendapatkan dos kedua secara walk-in di klinik seperti di bawah:

1. Hulu Selangor

Iklan
  • Klinik SP Care Antara Gapi, No. 43 & 43A & 45 Jalan Gapimas 1, Laman Gapimas, 48200 Serendah, Selangor.

2. Kuala Selangor

  • Poliklinik Medi Ihsan, No 9-G, Jalan Gaya Merak 1, Taman Gaya Merak, 45700 Bukit Rotan, Selangor.
  • Poliklinik Medi Ihsan, No 7-1 Jalan Makmur 1, Taman Makmur, 45500 Tanjung Karang, Selangor.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian PICK di 1800-888-828.

Justeru, bagi yang baru daftar atau belum mendapat tarikh janji temu vaksin bolehlah terus walk-in di lima pusat yang masih dibuka.