Kuala Lumpur & Singapura destinasi pilihan rakyat Malaysia

DESTINASI pilihan rakyat Malaysia tahun ini ialah Kuala Lumpur dan Singapura.

Itu yang didedahkan oleh sebuah platform pelancongan digital berkaitan destinasi pilihan penerbangan tempatan dan antarabangsa bagi tahun 2023 setakat ini.

Di Malaysia, Singapura muncul sebagai destinasi antarabangsa paling popular dan Kuala Lumpur bergelar destinasi pelancongan tempatan utama.

Ibu negara Thailand, Bangkok juga merupakan antara destinasi penerbangan antarabangsa paling popular.

Berdasarkan data agensi itu, empat daripada lima destinasi penerbangan antarabangsa paling popular terletak di Asia Tenggara, dengan Bangkok menduduki tempat pertama.

Ini diikuti oleh Singapura yang berada di tangga kedua, Bandar Ho Chi Minh, Vietnam di tangga keempat, dan ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur di tangga kelima yang juga mewakili Asia Tenggara.

Baca juga Ini 4 destinasi taman tema air indoor di Pulau Pinang. Tak perlu berpanas, mak-mak pun senang nak pantau anak-anak

Menara Kuala Lumpur ditutup sementara kepada pengunjung

Manakala Seoul, Korea Selatan memecahkan lima destinasi paling popular, dengan menduduki tempat ketiga destinasi penerbangan antarabangsa paling popular.

Antara faktornya, bandar-bandar itu menampilkan lima metropolis sibuk dan sarat dengan budaya dan sejarah, latar kulinari yang menakjubkan dan kehidupan malam serba unik.

Meskipun syarikat penerbangan memperluas lagi pilihan laluan dan jumlah penerbangan, tidak mustahil sekiranya destinasi-destinasi menakjubkan itu terus menjadi pilihan para pelancong pada masa akan datang.

Dapatan pasaran Malaysia menunjukkan bahawa selepas Singapura, para pelancong dari Malaysia akan berlepas ke Bangkok dan Jakarta.

Baca juga Simbolik guna nama nenek & atuk, ini 5 destinasi makan bukan ‘kaleng-kaleng’ wajib singgah

Medan dan Bandar Ho Chi Minh juga melengkapkan kedudukan lima teratas.

Penilaian ini jelas menunjukkan keutamaan para pelancong untuk perjalanan jarak pendek di dalam Asia Tenggara, dengan kesemua lima destinasi tersebut terletak dalam kategori itu.

Iklan

Manakala dalam negara pula, Kuala Lumpur adalah destinasi yang paling popular di Malaysia, diikuti oleh Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching.

Sementara itu, berikut tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur yang wajib anda kunjungi;

  • Pintasan Saloma

  • River of Life
  • Menara Kuala Lumpur
  • Street Art Jalan Alor
  • Icescape Ice Rink
  • SuperPark
  • Souq Shoppe
  • Beast Park Sungei Wang
  • Arte Mont Kiara
  • Taman Rekrasi 99 Wonderland Park, Selayang
  • KL Tower Mini Zoo
  • Farm in The City
  • Rubinga Heritage, Gombak
  • Hutan Simpan Bukit Nanas
  • Taman Cabaran, Putrajaya
  • Jungle Gym Bangsar
  • Pusat Sains Negara (PSN)

Baca juga Taman Alam Kuala Selangor bakal jadi destinasi pelancongan bertaraf dunia, 300 unit calet dengan kos pelaburan RM100 juta

Iklan
  • District 21
  • LCCT Lama
  • Kidzania
  • Muzium Cokelat
  • KL Hop On Hop Off
  • Taman Rimba Bukit Kerinchi
  • Muzium Diraja
  • Aquaria KLCC
  • Muzium Telekom
  • National Visual Art Gallery
  • Kuala Lumpur Butterfly Park
  • Petrosains, The Discovery Centre
  • Muzium Bank Negara
  • National Textile Museum
  • Planetarium Negara

  • Berjaya Times Square Theme Park
  • Sky Bridge KLCC
  • Masjid Wilayah Persekutuan
  • Masjid Negara
  • Perpustakaan Negara
  • Dewan Filharmonik Petronas
  • Royal Malaysian Police Museum
  • Galeri Petronas
  • Istana Budaya
  • Bangunan Sultan Abdul Samad
  • Taman Burung Kuala Lumpur
  • Taman Tasik Titiwangsa
  • Tugu Negara
  • Museum of Asian Art

Baca juga 30 pemenang bertuah dicari! Sertai ‘Live Your Life’ bersama SinarPlus

  • Rumah Penghulu Abu Seman
  • Taman Metropolitan Kepong
  • Bukit Tabur
  • Memorial Tunku Abdul Rahman
  • Blastacars Malaysia
  • Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC)
  • Taman Tasik Permaisuri
  • Masjid Jamek
  • Zoo Negara
  • Royal Selangor Visitor Centre
  • Taman Botani Perdana
  • Muzium Etnologi Dunia Melayu
  • Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman
  • G2G Animals Garden, MAEPS
  • Kota Damansara Community Forest
  • EnerZ Extreme Park
  • Upside Down House
  • Min Nature
  • SkyTrex Taman Botani, Shah Alam
  • Escape Room @ Berjaya Times Square
  • P. Ramlee Memorial House
  • Islamic Arts Museum Malaysia
  • Breakout
  • Kuala Lumpur City Gallery
  • Galeri Batik JADI
  • Dataran Merdeka
  • Pusat Pelancongan Malaysia
  • Kiddomo Universe
  • Central Market Kuala Lumpur

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!