Lagi kes borang rentas negeri dengan cop ketua balai

BEBERAPA hari lalu panas di laman sosial pendedahan seorang individu mengenai borang rentas negeri kosong dengan tandatangan ketua balai polis.

Belum pun reda kisah kejadian di Chukai, Kemaman, Terengganu kini muncul pula kes yang hampir sama di Selangor.

Berikutan tular sekeping borang rentas negeri kosong dengan tandatangan Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6 sejak petang semalam, polis Daerah Shah Alam bertindak membuka kertas siasatan.

Iklan
Iklan

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol dalam kenyataan memaklumkan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Hari ini (semalam) tular borang rentas negeri Balai Polis Seksyen 6 dengan tandatangan dan bercop Penolong Ketua Balai berkenaan dengan tulisan “Thank you tolong kali kedua, xyah bratur panjang2. Ad cable dahh mudoh basoe sney kiro”

.

“Siasatan awal mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Penolong Ketua Balai, Sarjan Mejar Mohd Fadzli Ali.

“Justeru, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 243 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan borang rentas negeri kosong dengan tandatangan Ketua Balai Polis Chukai, Kemaman Terengganu tular di laman sosial.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Hanyan Ramlan, menafikan wujud prosedur operasi standard (SOP) baharu kononnya borang rentas negeri diluluskan dengan tandatangan pegawai polis terlebih dulu sebelum pemohon mengisi borang berkenaan.

Artikel berkaitan: ‘Lulus Dahulu Baru Isi Borang’, Polis Buka Kertas Siasatan

Selain itu, Hanyan memaklumkan siasatan awal mendapati tandatangan milik Inspektor Mohamad Ramizan Ramli pada borang berkenaan dipalsukan.

Penularan surat kebenaran itu kali ini dilihat lagi menambah kemarahan warganet yang berang dengan tindakan itu yang didakwa ia sebagai perbuatan pecah amanah.

Ada yang kecewa dengan menyatakan kerisauan permohonan merentas negeri selepas ini menjadi semakin ketat dan menyusahkan jika terdapat kecemasan.

Terdahulu, PDRM mengumumkan akan memperketatkan semua pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi memastikan tiada yang terlepas pulang ke kampung halaman bagi menyambut Ramadan.

Jadi, jika benar korang ada urusan kerja atau kes kecemasan yang memerlukan merentas negeri, gunakanlah saluran betul dengan mendapatkan kelulusan Kementerian PerdaganganAntarabangsa dan Industri (MITI) dan polis.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Ikatan 9 tahun terlerai, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu

IKATAN perkahwinan penyanyi, Adira Suhaimi dan suami, Datuk Seri Adnan Abu akhirnya terlerai selepas sembilan…

10 mins ago

Leftenan T Sivasutan mangsa nahas helikopter, baharu tiga bulan mendirikan rumah tangga. ‘ Abang sangat baik, minat TLDM’

TRAGEDI nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung dan terhempas di…

29 mins ago

8 tragedi helikopter terhempas pernah menggemparkan Malaysia

NAHAS udara membabitkan helikopter banyak berlaku di Malaysia. Dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan…

1 hour ago

Bufet tengah hari serendah RM15 satu kepala, 3 jam boleh makan sampai puas

PAKEJ bufet untuk makan tengah hari memang jarang-jarang orang buat. Selalunya, pengusaha premis makanan lebih…

5 hours ago

Ibu tak restu perkahwinan, gaun pengantin disimbah cat

  TIDAK merestui pernikahan anak lelaki dengan bakal menantu, seorang ibu di Mexico melakukan tindakan…

9 hours ago

Terkorban nahas helikopter, warganet sayu melihat dua anak kecil Joanna Felicia. ‘Jasamu akan dikenang wirawati negara’

TIGA perajurit wanita yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung…

11 hours ago