TRAGEDI nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, semalam melenyapkan impian pasangan suami isteri untuk hidup bersama.

Leftenan T Sivasutan dilaporkan baru sahaja melangsungkan perkahwinan hampir tiga bulan lalu antara mangsa terkorban dalam nahas tersebut.

Baca ni ‘Kawan ma suruh ambil adik. Ma sudah tiada…’ Perkongsian anak mangsa nahas helikopter TLDM undang sebak

Leftenan T Sivasutan

Memetik laporan oleh Harian Metro, Sivasutan yang bertugas sebagai juruterbang di unit Skuadron 502 melangsungkan perkahwinan bersama isteri yang juga seorang doktor gigi pada 25 Januari lalu.

mangsa tldmPasangan itu juga sebelum ini tinggal berasingan dan mereka baru saja dapat merasai kehidupan ‘sebenar’ rumah tangga selepas isteri mendiang yang sebelum itu bertugas di Pulau Pinang dapat berpindah ke Teluk Intan.

Sementara itu, sepupu Sivasutan iaitu M Sivanesan dalam perkongsiannya berkata, mereka sekeluarga masih sukar menerima berita menyedihkan itu terutama ibu bapa mendiang, M Thanjappan, 60-an, dan R Parameswary, 60-an, adik-beradik dan isterinya.

“Abang sepupu baru saja berkahwin dan sebelum ini dia dan isteri tinggal berasingan kerana isteri abang bertugas di Pulau Pinang sementara abang di Lumut. Kakak ipar (isteri mendiang) selalu pulang ke Sitiawan setiap hujung minggu.

Baca juga Terjunam selepas berlanggar di udara, 2 helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak, 6 info berkaitan

TLDM

“Bagaimanapun kakak baru dapat bertukar di Teluk Intan dan semalam dia melapor diri. Namun hari ini kami terima berita menyedihkan ini,” ujarnya.

Tambah Siva, abang sepupunya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan dan mereka sekeluarga bersembang seperti biasa minggu lalu.

Baca juga ‘Last dah… takut tak dan.’ Ajak bergambar & nasi berlaukkan ikan masin serta telur, permintaan terakhir mangsa nahas helikopter kepada kakak

“Walaupun hanya sepupu tetapi saya rapat dengan abang dan sebelum ini mendiang abang juga pernah berpesan supaya tengok-tengokkan keluarganya. Abang anak kedua dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya.

“Abang seorang yang sangat baik, dia tidak pernah tinggikan suara apabila bercakap. Abang minat bidang ketenteraan dan memang mahu menjadi anggota TLDM,” ungkapnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

 

 

Iklan