BARU-BARU ini, tular sebuah video tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit 28 saat menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal bertindak membakar kereta.

Kelihatan lelaki tersebut berhenti berhampiran sebuah kereta lalu menyimbah sesuatu dipercayai minyak serta menyalakan pemetik api.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Perbuatan tersebut menyebabkan dua buah kereta musnah terbakar kerana api yang marak turut menyambar kereta yang diparkir bersebelahan.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang, Selangor, Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, A A Anbalagan, ini keterangan kejadian berkenaan;

1. Individu yang menyedari kejadian itu kira-kira pukul 5.20 pagi segera memaklumkan kepada pemilik kenderaan.

2. Pemilik kenderaan turun melihat keretanya dan mendapati pihak bomba sedang memadamkan kebakaran.

Iklan

3. Berdasarkan soal siasat dan rakaman kamera litar tertutup, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang menahan suspek lelaki berusia 29 tahun di kawasan Bandar Kinrara pada hari sama.

Iklan

Lelaki bakar kereta dek cinta ditolak, 7 info berkaitan kejadian

4. Tangkapan itu membolehkan polis merampas sebuah motosikal, sepasang kasut dan pakaian serta pemetik api yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.

5. Hasil soal siasat, suspek mendakwa membakar kereta mangsa kerana tidak puas hati selepas cintanya ditolak sejak setahun lalu.

Baca juga [VIDEO]Tak mahu beratur, bersesak bayar saman PDRM, gunakan 4 cara mudah ini

6. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga negatif dadah.

7. Suspek direman lima hari sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Begitulah, dek kerana cinta, manusia sanggup lakukan apa sahaja. Namun sebagai insan yang berakal, fikirlah dahulu sebelum bertindak!