BAGI korang yang masih memiliki ‘surat cinta’ daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang belum dijelaskan, ini peluang terbaik.

Kini polis menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80 peratus bermula hari ini sehingga 12 Disember.

Tawaran diskaun itu adalah bersempena program 100 hari Aspirasi #KeluargaMalaysia, yang dirasmikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Mat Kasim Karim, ini cara pembayaran yang boleh dilakukan dalam tempoh empat hari;

1. Semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter polis di KLCC.

2. Kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah

3. kaunter bayaran saman Ibu Pejabat Polis Kontinjen

4. Portal dan di aplikasi MyBayar 

sekatan jalan raya

Bagaimanapun, kata Mat Kasim, tawaran pengurangan saman itu tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan utama dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

Ujarnya, orang ramai mahupun syarikat dan entiti perniagaan boleh mendaftar melalui portal rasmi polis atau pautan https://mybayar.rmp.gov.my/ atau memuat turun aplikasi di platform Google Play Store, Apple App Store dan Huawei Gallery, seterusnya boleh membuat pembayaran melalui aplikasi itu.

Iklan

Baca juga Ayuh langsaikan saman sementara JPJ tawarkan diskaun 80 peratus!

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan Covid-19 bagi yang berurusan di kaunter bayaran fizikal.

Jadi, ayuhlah kita rebut peluang tebus diskaun yang diberikan bagi melangsaikan semua surat saman yang ada tu.

@sinarplus Suasana orang ramai beratur untuk membayar saman di KLCC hari ini #100hariaspirasikeluargamalaysia #fyp #diskaunsaman #pdrmmalaysia #samantrafik ♬ original sound – SinarPlus